assalamualaikum..
sori..tajuk kat atas mungkin membuatkan korang lemah jantung ye..sebenarnya aku malas nak buat entry ni tapi bile aku terjumpa satu berita dari
malaysia kini , aku terasa kau patut kongsi dengan korang semua pulak..korang tau tak ape tu perang salib ? kalu korang nak tau korang bukak la wikipedia atau pun kamus dewan ,kalau ada lah..aku tak nak bagi meaning die..takut salah jew..nanti aku pulak dapat dosa percuma..korang bace lah sendiri berita kat bawah ni..
Ibrahim: 'Kalau nak perang salib boleh'
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika
mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara
ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita
ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan
sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.
“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan
darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.
Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan
orang Melayu Islam”.