Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, August 8, 2011

Info Terkini - Tanah Runtuh Di Cameron Highland


Seorang maut, ramai terperangkap dalam tanah runtuh di Tanah Rata ( 20:40:27 PM )

CAMERON HIGHLANDS: Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.

Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanah runtuh: 3 rumah tertimbus ( 23:05:55 PM )

KUALA LUMPUR: Tiga rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang, 5.45 petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang, ketika dihubungi malam ini, berkata dua rumah lagi yang terletak berhampiran turut mengalami kerosakan, tetapi hanya kerosakan kecil.
Ditanya sama ada tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan, beliau berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian berkenaan.
"Mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai penduduk Orang Asli. Namun, mangsa yang dipercayai terkorban masih belum dikenal pasti identitinya," katanya.

Setakat ini seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam kejadian itu.

Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. - BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanah runtuh: 6 mangsa dikhuatiri masih tertimbus ( 23:28:56 PM )

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya enam hingga 10 mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands, kata Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany.

Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau berada di tempat kejadian sejak 8.25 malam dan dan kira-kira 80 anggota mencari dan menyelamat (S&R), termasuk dari unit K-9, terbabit dalam operasi berkenaan.
"Keadaan agak buruk. Runtuhan agak besar. Pasukan S&R terpaksa menggali tanah lumpur dengan hati-hati," katanya ketika dihubungi malam ini.
Devamany berkata, beliau diberi taklimat oleh ketua kampung dan anggota S&R mengenai situasi terbaru setiap setengah jam.

Perkampungan itu, terletak dekat pekan Tanah Rata, mempunyai 145 rumah dengan populasi 1,300 orang.

Devamany berkata, kejadian tanah runtuh jam 5.45 petang itu berlaku berikutan hujan lebat.

Setakat ini, seorang wanita dilaporkan terbunuh sementara dua yang lain, seorang lelaki dan seorang perempuan, cedera parah dan mereka dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata. - BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanah runtuh: 3 maut, 3 masih hilang ( 01:15:32 AM )

CAMERON HIGHLANDS: Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian pada 5.45 petang semalam berlaku semasa hujan lebat.
Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.
Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan dimasukkan ke hospital sama.
Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata tiga rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian. - BERNAMA 
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanah runtuh: Satu lagi mayat dikeluarkan ( 00:09:14 AM )

IPOH: Seorang lelaki mangsa tanah runtuh ditemui malam ini di perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highlands, menjadikan jumlah korban dua orang setakat ini,

Mayat kedua itu dikeluarkan dari celah runtuhan jam 11.25 malam.
Anggota penyelamat kini menumpukan usaha mengeluar lima lagi mayat dari celah runtuhan lima rumah yang tertimbus dalam kejadian jam 5 petang tadi. 


Sumber : Berita Harian




korang nak rm200 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik
rm200 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

saya juga mengharap jasa baik sesiapa yang ingin sponsor agar contest ini akan bertambah menarik dan meriah..pihak sponsor juga akan mendapat beberapa kelebihan...

berminat ?? klik sini

..Senarai Sponsor..

1 ) Blogshop AnisUmbrella - Necklace
2 ) Blogshop Shawl Najihah - Pashmina
3 ) Admin Dunia Lelaki Maskulin - Ruang Pengiklanan x 3 bulan
4 ) Admin Diary Amni - RM50 cash ( Hadiah Utama )



Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.