Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Wednesday, May 18, 2011

[ Prince ] BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN



 " SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? " 

>>tak setuju..kat bawah ni sebab dia..

Wang hantaran sebenarnya ialah satu hadiah ikhlas oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak perempuan yang telah menjadi budaya dalam masyakat kita. Dari itu, ia tidaklah diwajibkan seperti mas kahwin yang diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.
 

Sayangnya, kini wang hantaran telah menjadi kemuncak sesuatu perkahwinan yang sepatutunya ialah akad nikah. Ini disebabkan, masyarakat telah mengiktirafkannya sebagai darjat ‘kemampuan' pihak pengantin lelaki dan ‘kehebatan' sesuatu majlis perkahwinan itu.


Semakin tinggi jumlah wang hantaran yang diberikan maka semakin gah kedudukan mempelai sekeluarga di mata masyarakat. Ini tidak secara langsung menimbulkan perasaan riak dan menunjuk-nunjuk dalam masyarakat sehingga menghilangkan sifat sederhana yang dituntut agama.


Kalau benar-benar berkemampuan, tidak ada salahnya untuk mengadakan majlis secara besar-besaran dan meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi. Akan tetapi jika sebaliknya, ia akan menjadi satu bebanan dan boleh menyebabkan ada yang terpaksa berhutang atau mendapatkan wang melalui cara yang salah, seperti rasuah dan pecah amanah. Maka, adalah lebih afdhal mengadakan kenduri dan meletakkan jumlah hantaran yang sederhana mengikut kemampuan untuk kesejahteraan semua pihak yang terlibat.

Dalam hal ini masyarakat terutama ibubapa perlu lebih bertanggungjawab dan tidak terlalu mengikut trend yang menyimpang daripada matlamat sebenar dalam soal nikah kahwin. Mereka juga perlulah sedar, perkahwinan yang dibina adalah untuk jangka panjang. Bergolok dan bergadai hanya untuk satu majlis perkahwinan akan membawa kemudaratan yang boleh merosak keharmonian rumah tangga.


Masyarakat kita perlu mengubah minda terhadap wang hantaran kerana dalam jangka masa panjang, hantaran yang tinggi akan mengurangkan jumlah individu yang ingin berkahwin dan mendorong kepada gejala sosial seperti bersekedudukan. Pendek kata, ukurlah baju di bahu sendiri dan tepuk dada tanyalah selera.



 "Perkahwinan bukan masa tunjuk keegoan tetapi penyatuan dua jiwa."



Comments
6 Comments

6 comments:

aque said...

dah macam bace esei dah...
hehhehe.. papew pown point awak kuat.
:) kite pown x nak lepas kahwin dibebani hutang kan...

C`ayob.com said...

waaaa....panjangnya...tapi bukan kurang dari 100 patah perkataan ke...tak apelah, janji Ilmu...semoga berjaya....


Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini........., Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

beloghakimy said...

pe susah.. klau x mampu bg wang hantaran kawin lari jek. hahahaah

-✿Ayu✿- said...

betul gak tu...nanti boleh jadi riak... termasuk kuarga pengantin sekali...tak patut2...

kunjungan dari abg beng!

~syue syada~ said...

utk menjamin kbhagaan, hantrn tinggi bukan ukurannya.. kalo hutang, dua2 susah gak nnt kan..

kalau xnak share, xyah letak tinggi2.. bole dak gtu ? hehe

meh tgk pendapat saya pulak..

Hudalatip said...

nak nikah tak susah pun apatahlagi membebankan..hantaran tu tak wajib..yang wajib cuma mas kawin je..so sebagai lelaki wajar sediakan 100% tapi mengikut kemampuan dan kewajarannya..pihak perempuan jangan mengada2 nak letak hantaran tinggi..itu jer..

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.