Dan dari zaman sekolah dulu, rasanya dah banyak aku dengar ayat "Masuk ke panggung wayang adalah HARAM" atau pun "Kalau kau masuk je panggung wayang, sebelah kaki kau dah di neraka". Aku pun macam... "Oh okay. Wayang jom?"
Sebab-sebab kenapa orang kata masuk panggung wayang itu haram:
- Menonton wayang adalah satu bentuk hiburan
- Bercampur lelaki dan perempuan di tempat gelap. Dalam tempat gelap dan tak nampak apa-apa, macam-macam boleh berlaku.
Dan hiburan adalah tak haram. Tak haram selagi ianya tak melalaikan sampai block waktu solat. Menonton wayang, main games, tengok cerekarama, tengok Mega Movie, beli DVD then tengok kat rumah adalah hiburan. Tapi bila tengok kat panggung wayang, ianya adalah haram? Nice fatwa guys.
Well, aku selalu tengok midnight movie dengan kawan-kawan aku. Takkan la tengok wayang dengan member pun jatuh hukum haram? Kawan-kawan aku tu dah la lelaki. Aku tengok pun tak berselera. Dan kalau wayang kat Golden Screen Cinema yang agak maju, confirm ada CCTV yang ada LED. Kalau korang nampak CCTV yang ada lampu LED warna merah, tu bermaksud camera tu adalah camera berkuasa tinggi. Dengan kamera tu, jerawat korang pun boleh nampak. Ianya amat jelas. So, korang nak buat free ringan-ringan show kat depan kamera? Ewww.
- Dalam bas
- Tempat tertutup.
- Waktu malam
- Campur lelaki dan perempuan
- Orang yang duduk di sebelah adalah berlainan jantina.
- Tak ada CCTV.
OMG naik bas waktu malam lagi menghampiri zina dari tengok wayang di panggung wayang. Sesungguhnya, bila korang beli tiket bas untuk perjalanan diwaktu malam, maka sebelah kaki korang dah ke neraka. Bila naik bas confirm-confirm ah dah masuk neraka. Bila tengok seat sebelah korang ada orang yang berlainan jantina dengan korang, confirm masuk neraka yang paling bawah sebab duduk dengan orang yang tak ada ikatan atau pertalian yang sah. OMG OMG semua yang dalam bas tu berdosa!
And hey, tahu kah korang dalam bas express, ramai pasangan buat projek bila berada di seat paling belakang? Ya, lagi ramai beringan-ringan di dalam bas berbanding ketika menontong wayang. Tak percaya, try google "3gp dalam bas". So, kalau ada orang ringan-ringan dan mengawan di dalam bas, korang pun dikira bersubahat? Again, nice fatwa.
Aku rasa, apa-apa bas express di waktu malam pun perlu di haramkan. Sebab? Sebab ianya campur lelaki dan perempuan di satu tempat tertutup dan gelap. HAHA.
Dengan kata lain, halal haram tu bergantung juga pada your niat dan keinginan. Kalau you all pergi ke panggung wayang dengan niat untuk buat benda haram, maka haram la. Sama la juga seperti korang pergi rumah member. Pergi rumah member tak haram. Tapi kalau dah pergi rumah member untuk buat benda haram, maka haram lah.
So, bagi yang kata asal jejak je panggung wayang terus jadi haram, maka better kalau you all try take a look sendiri macam mana keadaan wayang tu.