Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Sunday, May 8, 2011

Kasih Ibu & Sambutan Hari Ibu

Penyambutan Hari Ibu (panggilan manja ku terhadap beliau adalah mama dan bukan ibu! hehe) bukan sahaja diraihkan pada haribulan 8 May. Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang peri pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadeethsnya dimana kita harus meletakan sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.



Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.

Ingin saya berkongsi bersama dengan kalian akan hadeeths Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang satu ini,
Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
(HR: Al-Hakim)
Subhan-ALLAH! Ibu adalah ibarat ladang tempat kita menanam benih kebaikan hingga mampu mendatangkan Redha ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Ibu adalah sebahagian dari nafas dalam hidup kita. Apakah kita bisa mengukur setiap kasih dan sayang diberikan olehnya? Apakah kita bisa berkata dengan takabbur bahawasanya kita mampu memberikan beliau apa sahaja yang ada di dunia hanya untuk membalas jasanya dan lalu meninggalkan beliau pergi begitu sahaja? 
hayatilah video di bawah ni
jangan ketinggalan untuk membaca..
Nasihat Cinta Seorang Ayah

p/s...selamat hari ibu..ibu ku..kalau korang rase entry ni menarik..kongsilah dekat fb korang sempena hari ibu ini..:)



Comments
3 Comments

3 comments:

Anonymous said...

i love my mom sooo much

Unknown said...

mama.ibu.ummi.

love them with full of your heart!

animous said...

Syurga di bawah tapak kaki ibu..

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.