Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, April 16, 2011

[ Panas Dan Gempar ] Rebus Telur Guna Air Kencing

Di China memang terkenal dengan pelbagai keunikan dan kepelikan. Sanggupkah anda memakan telur yang di rebus menggunakan air kencing budak sekolah berusia lingkungan sepuluh tahun. Kononnya, berkhasiat dan mampu mengubati penyakit.





RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.
BEIJING – Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.
“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.
Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk ..

p/s...ape lagi...kowang tak nak rase kew ???hahaha...sape2 ada baldi....hehehe.. 

Comments
10 Comments

10 comments:

Nurul Afifah said...

oh..aku nak muntah~

Nasuha Suhada said...

kembang rasa kat rongga leher nih! yeks`

☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼ said...

gluppp! :|
mintak-mintak la tak sampai kat malaysia .. eyurkk!!

Rozuan Ismail said...

geli la..euw..

qucachahir said...

geli laa hai..
air kencing tue kotor lerrr..
macam dah tak dew ubat laen pulak dyorang..
kowt darurat yelaa..
ikhtiar laa..ish..ish..ish..

Miss Eiza said...

euuuwww...gelinya!

dean said...

x kuasa i..nk mkn..hahaha

sweet stalker said...

eeeuuww, sumaph geli i bace entry ni. apatah lagi nak makan. huu

Farid bin Aspar said...

Erk... nak makan kena pilihlah daripada yang baik-baik... Allah dah ciptakan macam-macam untuk kita. Jadi pilihlah benda yang baik-baik dan suci dan bersih. Najis tu air kencing kita. Tak sangguplah...

Sedikit pandangan penulis blog Minda Insan. Terima kasih.

anin_tal said...

owhh gelinya... x derk benda lain ke nak makan

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.