Allah bagi kita ayah,
walaupun ayah tidak melahirkan kita.
tapi separuh daripada diri kita berasal darinya..
setelah lahir,ayahlah yang akan mengazankan atau meng iqamatkan kita...
ayah akan pastikan setelah kita lahir, kita akan mendengar laungan azan..
dan pujian terhadap Allah..
semua tu atas rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak yang sangat comel..
semasa kita bayi, ayah pun turut sama tidak tidur malam..
apabila ibu penat melayan keranah kita setiap hari,
ayah pun akan menjaga kita..
ayah bekerja setiap hari....bersengkang mata..di marah bos...
tapi ayah tak pernah merungut...
balik kerja..ayah pasti akan mengawal anak-anaknya..
walaupun ayah jarang bercakap..
tapi ayah,tidak pernah mengeluh pasal kerja di hadapan anak2
jauh sekali mengucapkan perkataan '' tak cukup duit''
selalunya jika anak-anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan akan bertanya
berapa yang tak cukup?
lantas terus memberikan wang itu kepada kita tanpa banyak soal..
kerana ayah percayakan anaknya....
ayah akan pastikan segala keperluan rumah terjaga...
walaupun dia terpaksa bekerja sehingga matanya merah kerana tidak cukup tidur.
siang bekerja....malam pun kerja...
bila kita tertinggal bas ..dan tak dapat pergi ke sekolah..
ayahlah yang akan memandukan kita ke sana..
ibu dan ayah..sama2 mahukan yang terbaik untuk anaknya...
bila ayah sakit,dia sembunyikan daripada anak2..
dia tak mahu,anak2nya tertekan dengan keadaan itu...
ayah tanggung seorang diri....segalanya...
kuatnya ayah menempuh semua itu..
hanya kerana mahukan kami semua gembira...
ayah......sekarang ayah telah pergi meninggalkan kami...
sudah hampir 1 tahun ayah pergi...menghadap yang maha esa
belum puas kami hidup denganmu..engkau telah pergi dulu..
semoga ayah mendapat ganjaran syurga di sana...
Al-fatihah-
p/s...puisi ini saya tujukan khas kepada kawan baik saya yang telah kehilangan ayahnya...
Sebagai seorang ayah (saya tak kahwin lagi ),pada pendapat saya..kita perlulah mendidik anak kite sejak dari buaian lagi agar menjadi insan berguna.anak kite dilahirkan tanpa sebarang dosa..ibarat kain putih yang tiada cacat cela nya...kite la yang diberi amanah oleh NYA untuk mewarnai hidup ank kite itu...
ingatlah satu perkara...