Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Wednesday, April 13, 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH

klin banner untuk join


 Puisi Buatmu Ayahanda Ku

Allah bagi kita ayah,
walaupun ayah tidak melahirkan kita.
tapi separuh daripada diri kita berasal darinya..
setelah lahir,ayahlah yang akan mengazankan atau meng iqamatkan kita...
ayah akan pastikan setelah kita lahir, kita akan mendengar laungan azan..
dan pujian terhadap Allah..
semua tu atas rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak yang sangat comel..



semasa kita bayi, ayah pun turut sama tidak tidur malam..
apabila ibu penat melayan keranah kita setiap hari,
ayah pun akan menjaga kita..

ayah bekerja setiap hari....bersengkang mata..di marah bos...
tapi ayah tak pernah merungut...
balik kerja..ayah pasti akan mengawal anak-anaknya..

walaupun ayah jarang bercakap..
tapi ayah,tidak pernah mengeluh pasal kerja di hadapan anak2
jauh sekali mengucapkan perkataan '' tak cukup duit''
selalunya jika anak-anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan akan bertanya
berapa yang tak cukup?
lantas terus memberikan wang itu kepada kita tanpa banyak soal..
kerana ayah percayakan anaknya....

ayah akan pastikan segala keperluan rumah terjaga...
walaupun dia terpaksa bekerja sehingga matanya merah kerana tidak cukup tidur.
siang bekerja....malam pun kerja...

bila kita tertinggal bas ..dan tak dapat pergi ke sekolah..
ayahlah yang akan memandukan kita ke sana..

ibu dan ayah..sama2 mahukan yang terbaik untuk anaknya...
bila ayah sakit,dia sembunyikan daripada anak2..

dia tak mahu,anak2nya tertekan dengan keadaan itu...

ayah tanggung seorang diri....segalanya...

kuatnya ayah menempuh semua itu..

hanya kerana mahukan kami semua gembira...

ayah......sekarang ayah telah pergi meninggalkan kami...

sudah hampir 1 tahun ayah pergi...menghadap yang maha esa

belum puas kami hidup denganmu..engkau telah pergi dulu..

semoga ayah mendapat ganjaran syurga di sana...

Al-fatihah-


p/s...puisi ini saya tujukan khas kepada kawan baik saya yang telah kehilangan ayahnya...
       agar die mendapat semangatnye semula...


Sebagai seorang ayah (saya tak kahwin lagi ),pada pendapat saya..kita perlulah mendidik anak kite sejak dari buaian lagi agar menjadi insan berguna.anak kite dilahirkan tanpa sebarang dosa..ibarat kain putih yang tiada cacat cela nya...kite la yang diberi amanah oleh NYA untuk mewarnai hidup ank kite itu...
ingatlah satu perkara...

"melentur buluh biarlah dari rebungnya"



sape2 yang sudi..sila vote untuk header saya boley ????
kat sini....

.:: diARi sEoRAnG rEMaJA ::.



Comments
21 Comments

21 comments:

Pak Aji said...

salam .. pak aji datang tawaf cni .. hehe

lagu khas untuk ayah :

http://www.youtube.com/watch?v=H8a43fgs26I

wanie misa amane said...

Al Fatihah. Semuga terus tabah.

☀ Izzaty Hedry☀ said...

singgah bca entry prince ..;)


http://cekedismanis.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

NuSaNa NoSa 91 said...

sedihnya.. tetibe rasa cam nk blek rumah.. huhuhuhuhu~ T_T

Dekcik said...

al-fatihah..tuk ayah kwn awk..

singgah entry dekcik..
bace dgn penuh hayati eh..

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

fashah84 said...

Al fatihah buat ayah kamu...

bersama kak Es said...

betul2 kawan yang prihatin. dapat menjiwai kesedihan kawan sendiri.

NiSha said...

salam singgah dari segmen Abg Ben..
sebak bila baca puisi untuk ayah tu..
al fathihah wat abah kamu..
semoga dia tahu bahawa kamu sentiasa sayangkan dia...

http://heandsheloves.blogspot.com/

mas saari said...

singgah baca entri tentang ayah!

puisi yang menarik...

bihah said...

singgah baca .puisi yg menarik :)

no name said...

ayah adalah yg terbaik!
semoga awak tabah~

mari2 singgah^^
http://whenisaidsomething.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

Ara Farahah said...

singgah lewat malam...

F Hzh said...

huhuh.. sedih la plak bace entry ni.

coming from AB segment.. i folo ur nice blog... :)

EYQASARA said...

sayu pulak rasenye... harap ayah awk ditempatkan di tempat2 org yang dirahmatinya.. amin..

Qiszana said...

Baca kt sini pula....^_^

Cik Cempaka said...

Jadilah anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di sana...

lenloy said...

ayah memang yang terbaik..

fRaMe+LenSeS said...

tade yang lebih tacing dari kisah Ayah dan Mama.

Nadh sayang ayah nadh jugak.. ;)
Salam singgah salam ziarah dari nadh..
kita jadi anak soleh untuk Ayah ye. yang mendoakan kebahagiaan depa dunia dan akhirat..

Nadh datang melawat ni.. ;)
kisah anak Ayah Budak Nakal

Lulu Caldina said...

segmen ni bagus, tapi sebak nak buat... sayang papa lulu...semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati...

Unknown said...

salam singgah...puisi yang menyentap juga..anything about parents memang akan menyentuh hati nurani mana-mana insan...buat prince, hargai mereka selagi bernyawa...ingatlah orang-orang sekeliling yang tidah setuah kamu.. :-)

http://adilahisharudin.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

Unknown said...

salam singgah...puisi yang menyentap juga..anything about parents memang akan menyentuh hati nurani mana-mana insan...buat prince, hargai mereka selagi bernyawa...ingatlah orang-orang sekeliling yang tidah setuah kamu.. :-)

http://adilahisharudin.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.