Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..
Showing posts with label Sidang Media. Show all posts
Showing posts with label Sidang Media. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Jemputan Ke Sidang Media Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS )

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Jemputan Ke Sidang Media Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS )

Semalam pada 11/1/2012 aku dan beberapa kawan blogger aku telah dijemput untuk menghadiri 1 sidang media Festival Filem Pendek Antarabangsa 2012 Kuala Lumpur ( KLIS ) di K Club,Taman Melawati pada pukul 2-4 petang.Sepatutnya event ini mendapat sambutan daripada pihak wartawan dan media kerana pertama kalinya dilancarkan sempena tahun 2012 ini,namun kerana berlaku " clash" dengan AJL di Subang,pihak wartawan tidak memberi sokongan kepada Sidang Media ini kecuali dari pihak UTUSAN.



Tayangan Perdana Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Tayangan Perdana Filem Bujang Terlajak Di The Gardens

Semalam aku mendapat jemputan untuk pergi ke tayangan Premiere Filem Bujang Terlajak,Belum Terlanjur di The Gardens.Aku ingatkan hanya aku seorang blogger yang dijemput hadir ke majlis previewFilem tersebut dan menyebabkan aku mengajak 4 orang kawan aku lagi.Sesampainya di sana baru aku tahu betapa ramainya pihak media yang hadir dari TV3 ,RTM,Gaol fm. , dan banyak lagi termasuklah sambutan hangat dari pihak blogger yang menunjukkan ramai yang memberi sambutan mengalakkan terhadap filem arahan Prof Madya Razak Moheidein.Baru aku tahu yang malam tersebut bukan sahaja untuk tayangan perdana tetapi juga untuk sidang media bagi mewar-warkan kehadiran filem tersebut di pawagam tempatan pada 19 Jan 2012 ini..



 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.