Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Tayangan Perdana Filem Bujang Terlajak Di The Gardens
Semalam aku mendapat jemputan untuk pergi ke tayangan Premiere Filem Bujang Terlajak,Belum Terlanjur di The Gardens.Aku ingatkan hanya aku seorang blogger yang dijemput hadir ke majlis previewFilem tersebut dan menyebabkan aku mengajak 4 orang kawan aku lagi.Sesampainya di sana baru aku tahu betapa ramainya pihak media yang hadir dari TV3 ,RTM,Gaol fm. , dan banyak lagi termasuklah sambutan hangat dari pihak blogger yang menunjukkan ramai yang memberi sambutan mengalakkan terhadap filem arahan Prof Madya Razak Moheidein.Baru aku tahu yang malam tersebut bukan sahaja untuk tayangan perdana tetapi juga untuk sidang media bagi mewar-warkan kehadiran filem tersebut di pawagam tempatan pada 19 Jan 2012 ini..





