Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, January 12, 2012

Permohonan Melalui UPU Ke TEVT, Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/Setaraf dan SKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Permohonan Melalui UPU Ke TEVT, Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/Setaraf dan SKM

Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2012/2013 atau ambilan Jun/Julai 2012 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf serta lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah dibuka mulai 9 Januari 2012.


TEVT dan ILKA

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut:

    * KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

      - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
      - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)

    * INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)

      - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
      - Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI)
      - Institut Latihan Perindustrian (ILP)

    * KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

      - Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

    * KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

      - Polikteknik
      - Kolej Komuniti

    * MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

      - Institut Kemahiran MARA (IKM)
      - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

    * KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI

      - Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Bagi permohonan ke IPTA dan Politeknik Premier sila rujuk Permohonan Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier Lepasan SPM/setaraf.

FASA

Memandangkan jumlah pemohon yang ramai dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

    *Fasa 1
      Pendaftaran Maklumat Pemohonan – 15 November 2011 – 31 Disember 2011

   
*Fasa 2
      Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – 9 Januari 2012 – 2 April 2012

Mereka yang tidak membuat pendaftaran semasa Fasa 1 dahulu masih boleh membuat permohonan semasa Fasa 2.

Bagi lepasan SKM mereka boleh mula memohon mulai 9 Januari 2012.

KATEGORI

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada 5 kategori iaitu;

    *Kategori A
      Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2011 sahaja.

    *Kategori B
      Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau 2009.

    *Kategori C
      Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2008 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

    *Kategori D
      Pemohon menggunakan keputusan SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011.

    *Lepasan Sekolah Menengah (Tiada Kelayakan SPM)
      Pemohon memiliki sekurang-kurangnya Kelayakan UPSR / SRP / PMR – diuruskan oleh Agensi/Institusi berkaitan atas dasar over and above.

Bagi lepasan SKM terbahagi kepada 3 kategori iaitu;

    *Kategori 1
      Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 1.

    *Kategori 2
      Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 2.

    *Kategori 3
      Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 3.

PROGRAM PENGAJIAN

Program pengajian yang boleh dipohon adalah

    *Lepasan SPM
          o Sijil & Sijil Lanjutan
          o Diploma

    *Lepasan SKM
          o Sijil & Sijil Lanjutan
          o Diploma & Diploma Lanjutan

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA.

PERMOHONAN

    * Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web
          o FASA 1 Permohonan Kemasukan Ke TEVT, Politeknik & ILKA Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 FASA 1
          o FASA 2 Permohonan Kemasukan Ke TEVT Politeknik & ILKA Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan SKM Sesi Akademik 2012/2013

    * Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.

    * Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.

NOMBOR UNIK ID

    * Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 2 April 2012.

    * Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.

    * Nombor Unik ID yang dibeli sebelum 7 November 2011 secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM10.60 atau hubungi UPU di 03-8870 6755/6766/6767/6777 untuk mendapatkan nombor yang baru secara percuma. Sila rujuk Makluman UPU.

    * Contoh Slip BSN.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

    * Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan agensi-agensi yang berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bersama mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke TEVT, Politeknik dan ILKA berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 75% markah akademik 10% markah kokurikulum dan 15% pendapatan, tempat tinggal, dan tanggungan (SES).

    * Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
         1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf; atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
         2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
         3. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
         4. Memenuhi syarat khas kursus seperti yang ditetapkan oleh institusi/agensi;
         5. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan kursus dipohon;
         6. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
         7. Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh institusi/agensi bagi kursus yang memerlukan;
         8. Kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan;
         9. Bilangan tempat yang disediakan di institusi/agensi

    * Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah dan surat makluman kepada ILKA dan SMT/SMV.

TARIKH TUTUP

    * Permohonan kemasukan ke TEVT, Politeknik dan ILKA melalui UPU bagi lepasan SPM dan SKM ini akan ditutup pada 2 April 2012.

MAKLUMAT

    * Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
    * Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
    * Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf dan Lepasan SKM Sesi Akademik 2012/2013 ini sila hubungi:

      Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62200 WP Putrajaya.

      Hotline UPU: 03 8870 6767 atau Helpline UPU: 03 8870 6777

      Talian Am: 03 8870 6755/6766

      Kaunter: 03 8870 6778

      Faks: 03-8870 6864

      E-mel: upu@mohe.gov.my

    * Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi TEVT, Politeknik dan ILKA yang berkenaan.

Comments
2 Comments

2 comments:

E'Where Rashid said...

nak tnya.. permohonan untuk biasiswa dah boleh mohon belum ??

❤nur' amalina❤ said...

saya nak share ye??

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.