Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, January 7, 2012

Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa para pelajar Tingkatan 1 2012 yang berkelayakan untuk memohon program khas Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia bagi tahun 2012 ini. Mereka yang berjaya akan tinggal di asrama yang akan ditentukan dan belajar di sekolah yang terpilih.

Syarat Permohonan

    * Warganegara Malaysia
    * Terbuka kepada semua kaum.
    * Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.
    * Keputusan UPSR – 5A/7A atau minima 4A 1B.
    * Aktif dalam kokurikulum.
    * Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama (KAA).
    * Pendapatan keluarga pemohon pada tahap rendah atau sederhana.

Sekolah Program Asrama 1 Malaysia

    * SMK Victoria, Kuala Lumpur
    * SMK Methodist, Kuala Lumpur
    * SMK St. John, Kuala Lumpur

Cara Memohon

    * Isi borang permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012.
    * Borang boleh di muat turun dari laman web KPM, Borang Permohonan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012.
    * Borang yang telah dilengkapkan mesti diserahkan kepada Pengetua Sekolah untuk pengesahan dan sokongan.
    * Setiap permohonan perlu disertakan dengan satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
          o Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
          o Slip gaji / penyata pendapatan ibubapa
          o Keputusan UPSR 2012
          o Salinan sijil aktiviti kokurikulum

Tarikh Tutup

    * Permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012 akan ditutup pada 27 Januari 2012.
    * Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada sekolah pemohon atau Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di alamat Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03 8884 9433 atau faks 03 8884 9342.[ sumber ]


Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.