Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, January 7, 2012

Lady Gaga Mandi Darah Untuk Elak Gangguan Hantu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Lady Gaga Mandi Darah Untuk Elak Gangguan Hantu 

Penyanyi Lady Gaga didakwa menginap di bilik hotel di London dengan tab mandinya berlumuran darah. Khabar angin mula terbesar luar di Internet dengan mendakwa dia melakukan ritual sihir. Difahamkan, Lady Gaga, 25, mengambil jalan itu sebagai langkah menjaga keselamatannya daripada gangguan hantu.


Kakitangan Hotel Intercontinental di London terkejut apabila mendapati tab mandi di bilik sewaan Lady Gaga dipenuhi darah. Penemuan itu terdedah ketika kakitangan hotel berkenaan mengemas bilik Lady Gaga. Bagaimanapun cecair merah yang didakwa darah itu belum dikenal pasti.

Seorang kakitangan hotel mewah itu mendakwa, Lady Gaga “mandi darah” sebagai sebahagian daripada ritual ilmu hitamnya. Menurut pekerja itu, Lady Gaga meninggalkan sejumlah besar darah ketika menginap di hotel berkenaan musim panas lalu.

Sementara itu Lady Gaga dipercayai takut diganggu roh jahat. Ketakutan itu mendorong penyanyi terbabit menggunakan khidmat penyiasat paranormal untuk memeriksa setiap bilik yang bakal dihuninya. Dia membelanjakan USD30,000 (RM146,110) untuk membeli meter pengesan medan elektromagnet sebagai langkah keselamatan. - DM

Prince : Gaga ni pengamal ilmu sihir ke ?

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.