Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, January 12, 2012

Jemputan Ke Sidang Media Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS )

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Jemputan Ke Sidang Media Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS )

Semalam pada 11/1/2012 aku dan beberapa kawan blogger aku telah dijemput untuk menghadiri 1 sidang media Festival Filem Pendek Antarabangsa 2012 Kuala Lumpur ( KLIS ) di K Club,Taman Melawati pada pukul 2-4 petang.Sepatutnya event ini mendapat sambutan daripada pihak wartawan dan media kerana pertama kalinya dilancarkan sempena tahun 2012 ini,namun kerana berlaku " clash" dengan AJL di Subang,pihak wartawan tidak memberi sokongan kepada Sidang Media ini kecuali dari pihak UTUSAN.


Biar aku terangkan serba sedikit tentang Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS ) :

Apa itu Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS )
  • KLIS ialah festival bertaraf antarabangsa yang mempertandingkan filem pendek dari seluruh dunia.Ia juga meupakan satu acara rasmi bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012.
Belakang Tabir Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS ) 
  • Martias Mohd Ali - Penulis,pengarah,penggiat Filem Pendek
  • Yusuf kelana - Penerbit/Pengarah TV dan Filem
  • Jurey Latiff Rosli - Penerbit,Pengarah,Presiden GAPIM
Bila dan di mana Festival Filem Pendek Antarabangsa 2012 Kuala Lumpur ( KLIS )
  • Tarikh : 30hb Jan - 1 hb Feb 2012
  • Masa : 10 pagi - 10 malam
  • Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
  • Malam Anugerah : Auditorium DBKL ( 8.00 Malam )
Kos penganjuran Festival Filem Pendek Antarabangsa 2012 Kuala Lumpur ( KLIS )
  • RM600,000
  • KLIS Network 
Promosi Antarabangsa Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS )
  • Bekerjasama dengan Witoutabox.com  - Syarikat dari IMDb yang berpangkalan di Los Angeles USA bagi mempromosi festival ini ke 350,000 penggiat filem seluruh dunia.
Rakan Festival Antarabangsa Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS )
  • European Indepedent Filem Festival ( Paris )
  • Script Filem Festival ( INDIA )
  • Disebarkan oleh ECU ke 6 Bahasa sebagai salah satu perjanjian kerjasama
Wakil Media Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS )
  • 13 wakil dari France,India,Filifina,Indonesia,Jepun dan USA
Penaja & sokongan Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 ( KLIS )
  • DBKL - memberi kemudahan tempat,persembahan hiburan dan pengecualian cukai
  • FINAS - RM20,000
  • SKMM - RM15,000
  • MDEc -RM10,000
Gempak kan event ni ? Ape lagi,jom la serbu Panggung Bandaraya Kuala Lumpur pada 30hb Jan - 1 hb Feb 2012.Jangan lupa bawak kawan-kawan korang dan juga family ye sebab sepanjang event tu berlangsung,korang berpeluang enonton 40 pilihan terbaik filem pendek dari seluruh dunia.Serius aku cakap,memang best la semua filem pendek tu.Tak sia-sia aku datang ke sidang media Festival Filem Pendek Antarabangsa 2012 Kuala Lumpur ( KLIS ).

Di bawah ni aku lampirkan serba sedikit gambar yang aku berjaya snap sepanjang sidang media semalam...(^_^)....




Terima kasih juga kepada semua kawan bloggerku yang sudi hadir bersama-sama aku...


Comments
1 Comments

1 comments:

Jemari MonteL said...

adehhh..... pelakon laa sgt....
tp seyes mmg best cite tu...
dik, akak nak kopipes nih... hahahahaha

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.