Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, December 5, 2011

Tony Jaa & Rosyam Nor Bakal Berlakon Dalam Filem " KL Gangster 2 " ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Masih terngiang-ngiang beberapa dialog KL Gangster di telinga OHBULAN!. Ya, KL Gangster 2 sudah beberapa hari menjalani penggambaran mereka di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.


Sebelum ini kita semua sudah diberitahu bahawa Rosyam Nor akan turut membintangi filem KL Gangster 2. Siapa yang tidak mahu melihat Rosyam Nor beraksi bukan?

[ UV = 670K , PV = 1.7 Juta sebulan ]

Ada khabar angin yang tersebar bahawa Rosyam Nor akan memegang watak King dalam filem arahan Syamsul Yusof ini, ada juga khabar angin bahawa akan ada heroin dalam filem ini. Namun itu semua khabar angin, jangan mudah percaya. Yang pasti, menurut sumber terapat, OHBULAN! dikhabarkan bahawa Tony Jaa, pelakon Thailand yang popular dengan filem Ong-Bak akan turut muncul dalam KL Gangster 2.

Sumber turut memberitahu bahawa Tony Jaa akan memegang watak dalam sebuah sindiket gelap dan akan menjalani penggambaran lebih 10 scene di Pulau Pinang. Masih tidak dapat dipastikan betul atau tidak, tapi OHBULAN! pasti filem ini akan menjadi lebih menarik jika digabungkan dengan aksi-aksi menarik dari Tony Jaa.

Untuk pengetahuan, Tony Jaa merupakan aktor, stuntman, koreografer, dan juga pengarah. Dia pernah membintangi filem aksi, “Ong-Bak”, “Tom Yum Goong” dan juga “The Bodyguard 2″.

Kepada yang masih belum tahu siapa Tony Jaa, mari tonton sedikit sedutan dari filem “Tom Yum Goong” lakonan Tony Jaa selepas ini.

sumber

Comments
1 Comments

1 comments:

Unknown said...

waahh wahhh ! besh nye kalo tony jaa blakon :)

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.