Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, December 5, 2011

Bom Perang Dunia Ke-2 Ditemui Di Jerman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Pakar pemusnah bom berjaya menanggalkan fius dua biji bom besar zaman perang yang ditemui di dasar Sungai Rhine di Jerman pada 04/11/2011, selepas 45,000 orang penduduk di bandar Koblenz dipindahkan dari kawasan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.


Ia merupakan pemindahan penduduk teramai yang pernah dicatatkan dalam sejarah Jerman kerana bom dari Perang Dunia Kedua yang tidak meletup. Pusat bandar di barat Jerman itu dikosongkan dengan semua penduduk yang berada dalam radius 1,800 meter daripada bom itu diarahkan meninggalkan tempat itu termasuk banduan-banduan di dalam penjara. Bom sebesar 1.8 tan milik Britain itu ditemui ketika air sungai itu surut pada 4hb Disember 2011 yang lalu.

sumber

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.