Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Friday, December 16, 2011

Pertandingan Memasak Kemaluan Haiwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



OZREM, Serbia - Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh diadakan di sebuah kawasan perkampungan di sini kelmarin. Para peserta yang terdiri daripada tukang masak akan memasak kemaluan pelbagai jenis haiwan seperti lembu jantan, unta, burung unta dan kanggaru.



"Tujuan festival ini ialah untuk kegembiraan, makanan dan keberanian," kata pakar tukang masak kemaluan haiwan yang merupakan penganjur festival itu, Ljubomir Erovic.Di Serbia, makanan yang dimasak daripada kemaluan haiwan itu digelar buah pinggang putih.

Kemaluan haiwan itu dianggap kaya dengan hormon tertosterone dan berkhasiat untuk lelaki."Kemaluan lembu jantan adalah yang terbaik," kata pemenang tahun lalu, Zoltan Levai yang memasak kemaluan haiwan dengan dicampur sayur-sayuran.

Pengunjung-pengunjung festival itu akan memakan kemaluan haiwan tersebut dan meminum wain dan bir selain menyejukkan tubuh mereka dengan mandi di sebuah kawasan air terjun berdekatan.

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.