Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Friday, December 16, 2011

Budak-Budak 70/80/90 An Mesti Tahu Pasal Ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Bagi kanak-kanak yang lahir pada taun 70/80/90an kehidupan mereka tak sama macam kanak-kanak yang lahir pada tahun 00an (ade ke tahun 00an???)… Korang yang lahir pada tahun 70/80/90 an mesti masa sekolah rendah dulu:





-Kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita.hari ni bagi list,esok mintak duit… Balik rumah paw mak nak beli buku tue walau cerita kat buku tu kita dah tau… Salesman susu pon macam tu jugak…

-kat library pulak,budak-budak memang baca buku but just tengok gambar aje, bila ada program Nilam, semua sibuk-sibuk nak pinjam buku… Yang advance sikit pinjam bukum Nilam membe sebab nak tiru…

-RMT kat sekolah makan tak best… Tapi yang berduit pon join RMT…

-Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, dah tu kat tengah-tengah tu ada sharpener…

-Main lawan pemadam ,sayang nak pakai untuk padam… Padahal kegunaan sebenar memang untuk padam pon…

-Pakai pembaris yang bergerigi, dah tu kat dalam pembaris tu ada air, dalam air tu pulak ada benda berkilat-kilat…

-Cikgu pakai pembaris panjang kaler kuning… Kat tengah-tengah tu ada pemegang tapi kan kan tak pernah nampak cikgu pegang kat situ…

-Ayam-ayam sekalian menjadi ramping pasal bulu pelepah gebu nan cantik dah jadi rotan berbulu…

-Time pendidikan seni, semua tunjuk skill… Melukis boleh tahan tapi bila bab kaler-kaler, hampehhh!!! Ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj dan macam macam lagi kesenian dipelajari.

-Main game 2D-super mario, super contra, street fighter… semua pakai tape kot… Pebarang pakai CD cepat rosak…

-Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca…

-Takut kena injek terutama BCG, macam-macam cerita seram dengar pasal injek BCG nie… Padahal tak ade ape-ape pon…

-Balik sekolah beli JoJo atau pon Dendang… Tora pon best jugak… Tengok iklan dalam tv, terus pasang angan-angan nak beli semata-mata nak mainan kat dalam tu aje, coklat tak makan pon…

-Kasut berlampu kat tapak tak main kasut yang ade roda-rado nie bahaye…

-Siri kartun-power rangers, ultraman, ninja turtles, transformer, thundercat, maskman, gaban dan macam-macam lagi...

Jangan lupa semua benda ni pasal budak budak sekarang dah tak sempat nak layan benda-benda macam ni… Masing-masing sibuk melayan PS, PSP, XBox then menghadap tv yang makin bervariasi rancangan kartunnya…

Indahnya zaman kanak-kanak dulu… Hari-hari kompem kene maki… Tapi x de buat perangai macam budak-budak zaman skunk nie…

Comments
1 Comments

1 comments:

Dhia BellamiZam said...

zaman dulu kale mmg best..haha

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.