Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, October 17, 2011

Permohonan Online Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2011/2012

Permohonan online Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2011/2012 sudah pun dibuka mulai 15Oktober 2011 sehingga 16 November 2011. Program yang ditawarkan adalah seperti dalam pautan berikut :


• Profesional
• Sarjana Muda – Sepenuh Masa (S)
• Sarjana Muda – Pelajar Luar Kampus (PLK) / Setara Sepenuh Masa (SS)


CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION)

1. Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).

2. Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 15 Oktober 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari sehingga 16 November 2011

3. Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM BSN bermula 15 Oktober 2011 sehingga 16 November 2011.

4. Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.

5. Sila baca dan teliti senarai serta syarat program sebelum mengisi permohonan agar pemohon tidak tersalah memilih program.

6. Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Untuk memohon secara online sila layari aplikasi permohonan online UITM

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.