Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, September 22, 2011

Pelajar Berbogel Kerana Di Sampuk Hantu Di Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

[HMETRO] MUADZAM SHAH: Sejak disampuk ‘hantu sekolah’ lebih lapan bulan lalu, Siti Noraslinda Mohd Razali, 14, yang pada asalnya seorang remaja lemah-lembut dan patuh arahan keluarga, kini terpaksa diikat kaki dan tangannya kerana sering berkelakuan pelik serta ganas termasuk mahu keluar rumah dalam keadaan berbogel.

BERHANTU...bangunan baru yang disyaki menjadi tempat tinggal makhluk halus yang mengganggu pelajar dan guru sebuah sekolah di Muadzam Shah.

Keadaannya itu menyebabkan Siti Noraslinda yang dipanggil Alin oleh keluarganya sudah lapan bulan tidak ke sekolah sedangkan dia sebelum ini pelajar pintar.
Selain mempunyai kekuatan luar biasa berbanding ketika normal, Alin beberapa kali dilihat menangkap ikan di dalam akuarium rumahnya menggunakan tangan sebelum memicit ikan itu hingga mati serta mencabut sisik ikan itu satu persatu.

Ibu Alin, Siti Asiah Jaafar, 37, mendakwa anak kedua daripada empat beradik itu mula berkelakuan pelik sejak pulang dari sekolahnya Januari lalu dan ketika itu, Alin menjerit-jerit histeria selain tercungap-cungap dan meronta dengan kuat dalam usaha mahu melarikan diri daripada dipegang ahli keluarganya.

“Ketika itu, Alin meracau dan suara yang keluar dari mulutnya bukan suara sebenar Alin, sebaliknya ia garau dan menakutkan. Selepas dipulihkan, dia kelihatan bingung dan mengaku langsung tidak menyedari apa yang berlaku,” kata Siti Asiah yang menetap di Felda Keratong 5 di sini.


Prince : Oh ,derrmmm...Sekolah Agama aku tu...Astaghfirullah Azim...

Comments
3 Comments

3 comments:

trigyy said...

hhak3. skolah lme ko? msti hntu yg ko tggai dlu tu..

CIK PARO! said...

sekolah lama kamu ke??

Unknown said...

sekolah ni ke yang ceritanya akan ada hantu datang berkampung di sekolah ini untuk sektika..sampai kadang2 bergegar sekolah tue..

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.