Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, September 5, 2011

Gadis OKU Kena Rogol Sampai Mengandung 8 Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

GEMAS: Keadaan perut membesar dan perubahan sikap seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) merungkai rahsia dirinya mengandung lapan bulan dipercayai mangsa rogol.

Gambar sekadar hiasan

Kejadian itu terbongkar Khamis lalu apabila keluarga yang menyedari perut gadis itu semakin membesar membawanya ke klinik untuk pemeriksaan.

Mereka terkejut selepas dimaklumkan gadis berusia 22 tahun yang mengalami kecacatan kaki dan lurus bendul itu kini mengandung kira-kira lapan bulan.

Mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Gemas pada hari sama. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, kejadian dipercayai berlaku hujung tahun lalu, namun keluarga mangsa baru menyedari perubahan fizikal terutama bahagian perut gadis itu seperti mengandung.

Katanya, ibu bapa mangsa membawanya ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan dia mengandung lapan bulan.

“Mereka yang terkejut cuba bertanya kepada gadis itu perkara sebenar. Melalui apa yang diceritakan, mangsa sedang menunggang motosikal sebelum ditahan seorang lelaki.

“Selepas bertanyakan beberapa perkara, “Lelaki itu meminta nombor telefon dan mangsa memberinya. Dia kemudian menghubungi mangsa dan mengajaknya keluar makan.

Beliau berkata, lelaki itu dikatakan membawa mangsa keluar makan di sebuah kedai makan di Pekan Gemencheh.

“Ketika itu, lelaki terbabit dipercayai meletakkan sesuatu dalam minuman mangsa menyebabkannya pening dan tidak menyedari apa yang berlaku,” katanya.

Comments
6 Comments

6 comments:

cik ika said...

kesiannye..

N'Craft said...

dah 8 bulan baru sedar..siannyer..

Unknown said...

x berhati perut lansung

Wanshii52 said...

Sgt Kesian... Oku Pon Kena Gak...

Suza said...

sadis nya lh ..

merahitujambu said...

kesianya..dh la cmtu pastu ngandung x th ank sapa

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.