Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Di negara Iran yang mana di sana undang-undang yang diterapkan adalah undang-undang Islam, seorang gadis tidak boleh dihukum mati sekiranya dia masih berstatus perawan. Tetapi sebagai jalan penyelesaian supaya hukuman mati tetap boleh dijalankan, anehnya kerajaan Iran membuat peraturan untuk meneruskan hukuman mati tersebut dengan cara si gadis dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki.
gambar sekadar hiasan
Selepas perkahwinan dan malam pertama berlangsung,si gadis boleh dihukum mati, kerana setelah berkahwinan,si gadis sudah tidak perawan lagi. Dan seperti itulah yang terjadi di Tehran-Iran pada seorang gadis yang masih perawan dan berumur 18 tahun.Dia dipaksa mengahwini seorang lelaki muda untuk menghalalkan hukuman mati terhadap si gadis tersebut.
“Saya menyesal telah melakukannya (hubungan badan) walaupun sebenarnya itu legal,” ujar seorang lelaki. Lelaki muda itu menceritakan, dirinya tidak akan pernah melupakan saat-saat ketika malam menjelang hukuman mati isterinya. ”Saya selalu teringat saat dia menangis selepas hubungan badan itu selesai,” ujarnya. ”Dan saya tidak akan pernah lupa ketika dia mencakar-cakar wajahnya dengan kukunya sendiri sehingga menimbulkan luka tercalar,” ceritanya sedih.
Prince : Jangan bagi komen ape2 kalau korang rasa tak yakin dengan kate2 korang tu..Jangan sampai korang timbulkan fitnah ye..:)