Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, September 12, 2011

Demi Kekasih Hati , Aku Abaikan Ibu Kndungku Sendiri

Aku berasal dari sebuah keluarga yang miskin..aku merupakan anak tunggal....ayah aku telah meninggal sejak aku berumur 5tahun..sejak itu...ibu aku yang menampung kehidupan kami berdua..ibu aku menghidap asma...jadi dia tak boleh nak buat kerja yang berat-berat sangat...kami hidup ibarat kais pagi..makan pagi....kais petang..makan petang....ibu peroleh wang dari hasil menjual kuih dan nasi lemak di warung Pak Ali..tak jauh dari rumah kami...walaupun begitu...


Ibu tak pernah biarkan aku susah..semua keperluan aku cuba di penuhi...walaupun kadangkala..aku tahu waktu tu ibu perlukan duit..maklumlah..masa itu umur aku baru 9 tahun...ibu bersusah payah memenuhi permintaan aku..sedikit pun die tak mahu aku tak dapat merasai dunia kanak-kanak aku....aku yang telah terbiasa dengan cara hidup aku..jika tidak dapat sesuatu..aku akan merajuk....ibu sabar melayan kerenah aku...

Kadangkala....dia hanya makan..sisa makanan aku...kerna juadah untuk kami makan hanya mencukupi untuk seorang sahaja..selalunya di waktu aku mahu naik sekolah..mungkin ibu mahu  berjimat..sebab bukan sedikit kos yang perlu di bayar..dengan yuran sekolah...baju dan buku-buku yang aku perlukan....walaupun aku nakal...aku sentiasa membuat ibu tersenyum bila aku bawa pulang keputusan peperiksaan aku..ibu selalu cakap..dia bangga dapat anak yang pandai macam aku....gembira aku bila ibu cakap macam tu...

Sewaktu aku berumur 12 tahun..aku mula membantu ibu menghantar kuih dan nasi lemak di warung Pak Ali....balik dari sekolah...aku akan pergi ke warung untuk mengambil duit kuih dan nasi lemak...kurang sikit letih ibu bila aku membantu die....lagipun..ibu tak berapa sihat....aku nak la tunjukkan..aku pun boleh jadi macam anak orang lain...yang boleh kurangkan beban ibu...aku selalu cakap dekat ibu aku sebelum tidur...

“Nanti Abang dah besar..abang nak belajar sungguh-sungguh..nak bawa ibu pergi mana ibu nak...ibu doakan Abang berjaya tau...!”

“Tak pernah sekali pun ibu tak mendoakan buah hati ibu ni...ibu nak abang jadi manusia yang berguna....ibu sayang abang..”

Itu yang selalu ibu beritahu kat aku...masa yang paling aku suka..bila waktu aku tidur...ibu akan tidurkan dengan zikir yang merdu sangat..suara ibu sedap..sampai aku terlena....walaupun waktu tu aku dah berumur 17 tahun..aku tetap mahu ibu tidurkan aku....aku memang anak yang manjakan...biasalah..bila tiada ayah...ibu lah ayah..ibu jugalah ibu....walaupun aku nakal..tapi pencapaian aku di sekolah amat membanggakan...nakal tu biasalah..setakat kadang-kadang ponteng kelas....atau datang lambat ke sekolah....ibu tak tahu..aku pun buat hal kadang-kadang...tak lah sampai ibu di panggil pihak sekolah..aku tak nak ibu malu dengan perbuatan aku....mungkin benarkan...orang kata...kebanyakkan budak yang nakal adalah budak yang bijak...kelebihan aku lah tu...

Aku bersyukur bila keputusan SPM aku amat cemerlang...aku dapat pangkat satu..bangga sungguh aku waktu tu....tapi orang yang paling gembira sekali...ibu lah...bila dia dapat tahu aku dapat pangkat satu....petang tu..dia masak banyak..lauk-lauk kegemaran aku pula tu..aku tanya la...mana ibu dapat duit banyak macam tu...ibu kata...dah lama dia simpan duit ni...dia simpan niat..kalau aku dapat keputusan cemerlang..ibu nak sedekah kat surau dan bagi aku makan semua makanan kegemran aku...terharu aku...ibu yakin aku mesti tak akan kecewakan dia....aku sayangkan ibu....

Tak lama lepas tu...aku dapat tawaran ke universiti dan di tanggung sepenuhnya biasiswa....aku rasa macam nak jerit satu kampung..yang aku dapat masuk ke IPTA....kalau aku gembira..ibu lagilah...ibu cakap...ini masa depan aku...dan dia nak aku berjaya....dia tak nak aku hidup susah....tapi aku sedih....aku perlu berjauhan dengan ibu...ibu bukan sihat sangat..nanti siapa nak jaga ibu kalau aku dah pergi belajar nanti..aku rasa macam nak tolak je tawaran tu..tapi ibu halang..ibu cakap ini untuk masa depan aku...dengan berat hati...aku pergi tinggalkan ibu....

Tekad aku..aku nak belajar sungguh-sungguh..cari kerja yang baik dan bawa ibu aku tinggal kat rumah bEsar...azam aku nak buat ibu gembira bila hari  tua dia nanti....dalam masa aku belajar tu..aku kenal dengan seorang perempuan....nama dia Anita..orangnya cantik dan ayu....dia di lahirkan dalam kalangan orang yang berada..bapanya seorang Dato’ yang memiliki beberapa buah syarikat yang terkemuka...kami berkawan..aku jatuh hati dengan Nita sebab orangnya baik....sopan santun...dia menerima aku seadanya....itu yang buat aku sayang..yela anak orang berduit...kadang-kadang tak sudi nak berkawan dengan orang yang macam aku ni..tapi dia lain..itu yang buat aku sayangkan dia..aku tak beritahu ibu...bagi aku..mungkin ini belum masanya lagi..ada juga ketika aku pulang ke rumah ketika cuti...ibu merisik-risik dari aku...

“Anak ibu ni senyum sorang-sorang..macam orang di lamun cinta ni...ada apa-apa ke??..dah ada buah hati ye???”

“Mana ada ibu...perasaan ibu je nie....”.Aku cuba berdalih..malu sebenarnya...

“Ibu yang kandungkan kamu..ibu kenal kamu sejak dari kamu lahir ke dunia lagi....kamu tak boleh tipu ibu....kalau dah ada..bawalah jumpa ibu...nak juga ibu jumpa dengan perempuan yang dah berjaya buat anak ibu ni jatuh hati”.Ibu mengusik aku....(malunye!)

Aku diam bila ibu kata begitu...tak tahu nak jawab apa sebenarnya.....setelah habis aku berhempas pulas dalam peperiksaan akhir..dan mendapat keputusan cemerlang..aku di tawarkan untuk bekerja di syarikat ayah Anita.....aku nekad bawa Anita berjumpa ibu....mulanya Anita keberatan..katanya takut....aku cuba yakinkan Anita berkali-kali bahwa ibu bukanlah seperti yang di fikirkan..ibu cuma mahu berjumpa....akhirnya lepas puas di pujuk....akhirnya Anita akur juga dengan permintaan aku.....kami pulang ke rumah ibu menaiki kereta Ayu.....sampai saja di rumah,aku lihat ibu sudah menunggu aku dan Anita di halaman.....sejuk hati aku bila melihat Anita tersenyum manis dan menyalami ibu..

Ibu tersenyum sambil tak henti-henti memuji kecantikan Anita..aku rasa bangga sangat sebab ibu memuji pilihan hati aku....ibu memasak pelbagai juadah kegemaran ku.....selepas makan..aku meminta diri untuk ke rumah kawan lama aku selang dua rumah dari rumah aku...sebenarnya..itu cuma alasan aku untuk memberi ruang ibu berkenalan dengan Anita....tidak lama lepas tu aku pulang ke rumah..tapi hati aku rasa tak sedap bila terdengar seperti suara orang sedang bertengkar..aku lekas menuju ke dapur...aku tergamam..aku telah melihat ibu ku menampar Anita dengan sekuat hati....hingga Anita jatuh terduduk...entah mana akal dan fikiran aku waktu itu...hati aku tiba-tiba mendidih bila lihat Anita tersedu-sedu...

“Ibu!! Ape ibu dah buat ni! Ibu dah hilang akal ke tampar anak orang??!!”.Suara aku bergema di ruang dapur....

“Ibu tak sengaja...ibu bukan saja-saja nak tampar dia..ibu...”.Ibu seperti tergamam..aku lihat ada airmata yang mengalir dari tubir matanya...mungkin dia tak menyangka aku meninggikan suara sebegitu sekali padanya....

“Riz..I nak balik....I tak sanggup dah dengar ibu you marah-marah I”.Tersedu-sedu Anita menangis..

“Ibu...malu Riz tau tak....kalau mak bapak dia tahu..malu Riz..nanti diaorang kata Riz tak pandai jaga anak diaorang..kenapa ibu jadi macam ni..ibu cemburu ya bila tengok Riz happy...ibu nak Riz hadap ibu je kan..ibu takut Riz tinggalkan ibu kan kalau Riz dah ada Ayu...!”.Kerna terlalu mengikut amarah...aku terlupa orang yang sedang aku tinggikan suara itu ialah ibu aku...wanita yang telah susah payah melahirkan dan menjaga aku...

“Riz..dengar dulu penjelasan ibu...ibu bukan sengaja mahu tampar Anita....ibu masih waras sayang..tapi Anita dah buat ibu marah bila...”

Aaaahhhh!! Dah lah ibu....Riz tak nak dengar apa-apa lagi...Riz dah nampak depan mata Riz..bukan Riz tak nampak!!”.Habis sahaja aku kata begitu..aku terus menarik Anita keluar dari rumah ibu...dan terus beredar dari rumah ibu....sayup-sayup aku terdengar suara ibu menjerit memanggil nama ku...tersentuh juga hati aku..tapi entahlah...maafkan abang ibu...

Pulang sahaja dari kampung...aku menghantar  Anita di rumah keluarganya....sebelum pulang..Anita menyuruh aku memilih antara ibu atau dirinya..aku jadi serba salah....antara kekasih dan ibu yang melahirkan....kata Anita..dia tak sanggup untuk bersama aku jika aku masih membela ibu aku yang menyakiti dirinya..sedangkan ibu bapanya sendiri tidak pernah menyakitinya....kerna takut kehilangan Anita..aku tega memilihnya....kenangkan sikap ibu aku yang buat aku terasa hati dengan ibu..apa salah pilihan aku ini.....Anita yang aku kenali bukan begitu..masakan ibu nak kata yang pilihan aku salah.....atau ibu takut aku tak akan lagi pentingkan dia selepas aku berkahwin dengan Anita.....ah ibu terlalu pentingkan diri..fikir ku waktu itu..lantas aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung lagi...

Ada juga dalam lebih dari 3 kali seminggu aku dapat panggilan telefon dari ibu..nombor publicphone yang selalu ibu gunakan untuk menelefon ku...aku kenal nombor itu sebab ibu sering gunakan untuk bertanya khabar...ibu tiada telefon....aku sudah tukar  telefon yang ibu belikan untuk aku dahulu dan aku gantikan telefon yang lebih mahal..ibu membelikan aku telefon itu supaya senang dia menghubungi aku....tiap kali ibu menelefon aku...aku hanya biarkan telefon itu berbunyi dan senyap....aku terlalu sakit hati mengenangkan perbuatan ibu itu...kalau mahu marah..marahi aku..bukan Anita...hinggalah 3 bulan kemudian..aku di ijabkabulkan dengan Anita..aku tidak menjemput atau memberitahu ibu...ada juga keluarga mertua bertanyakan keluarga aku..tapi aku katakan..keluarga aku sudah lama tiada..aku anak yatim piatu....sungguh berdosanya aku ini...bagi aku..jika aku memilih Anita sebagai pilihan hati mungkin dia tak akan bersetuju..mana mungkin aku tinggalkan Anita..dia cinta pertama aku....

Ibu sudah tidak menelefon aku lagi sejak 2 bulan yang lepas...entah kenapa pun aku tak tahu..aku diamkan sahaja....aku jalani kehidupan aku seperti biasa..hinggalah suatu hari...ketika aku sedang berehat di ruangtamu..aku terjumpa sepucuk surat di dalam helaian majalah yang Anita selalu baca....rasa ingin tahu aku membuak-buak bila kau melihat tulisan yang cukup aku kenali itu..ibu...perlahah-lahan aku buka surat itu....


Assalamualaikum...
Kehadapan anak ku yang tersayang,
Ibu sungguh rindu pada abang.....ibu nak dengar suara abang..marah sungguh abang pada ibu hingga tak sudi pulang ke kampung dan mengangkat panggilan telefon ibu....tujuan ibu menulis surat ini hanyalah untuk menjelaskan mengapa ibu menampar Anita..ibu tidak sengaja sayang..ibu tak dapat kawal kemarahan ibu bila dia dengan tenang dan riak mengatakan abang tidak sedar diri untuk bersama dengan dia....abang bukanlah setanding dengan dia... hanya mahu abang mengikut telunjuk dia...mempergunakan abang sebab abang bijak....ibu marah orang buat anak ibu macam tu sayang..demi Allah...ibu tak berniat nak menyakiti dia..tapi ibu juga manusia sayang..ibu tak rela anak ibu diperlakukan seperti itu.....ibu minta maaf.....pulanglah anak...ibu rindu abang....ibu nak lihat wajah abang sebelum ibu menutup mata..ibu rindu anak ibu....ibu janji ibu tak akan sakiti Anita lagi kalau itu yang mampu buat kamu pulang menjenguk ibu....ibu rindu abang....pulanglah....walaupun abang marahkan ibu....abang ingatlah..abang pernah ada di dalam rahim ibu....dan hingga sekarang..ibu masih melihat abang seperti bayi yang ibu kendong bersama ayah mu sayang..pulanglah...

Salam sayang..ibu...

Mengigil tangan aku waktu membaca surat itu...hebat lagi degupan jantung yang berdegup menahan rasa kecewa pada isteri dan diri aku ni anak jenis apakah aku ini..deras airmata yang mengalir..tak dapat aku tahan...

“Ab..a...abang...abang baca surat apa tu???”.

“Apa semua ni Anita!!!”.Aku tunjuk surat itu di hadapan muka Anita.Hilang sudah rasa sayang aku bila aku tahu rupanya wanita yang aku pilih sanggup menipu aku...!

“Abang Nita boleh jelaskan..Nita sayang abang...lepas abang pilih Nita dari ibu abang...Nita sedar yang abanglah pilihan yang terbaik...Nita sayang abang.....Nita takut kalau abang tahu...abang akan tinggalkan Nita..Nita minta ampun bang!!.”.Anita menangis sambil memeluk erat kaki aku..

“Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni..derhaka aku pada ibu ku!”Aku menjerit seperti hilang akal..aku rasa seperti neraka seakan berada di hadapan aku...

Tanpa mendengar penjelasan Anita..aku bergegas pulang ke kampung...entah berapa laju aku memandu kereta di waktu itu....aku sudah tidak peduli...aku mahu jumpa ibu..mencium kakinya...mahu meminta ampun padanya..aku tak nak di panggil anak derhaka...maafkan aku ibu...maafkan abang!!.

Sampai sahaja di rumah ibu..aku lihat orang ramai datang ke rumah ibu...aku berlari untuk menaiki rumah papan yang telah usang itu...tiba-tiba aku terasa kaki aku berat..aku tersungkur ke tanah....aku tidak dapat merasa apa-apa di kaki aku...aku meraung memanggil ibu...akumenjerit...Ibu...ibu...Ibu!!

Tiba-tiba suara ku seoalah-olah tidak kedengaran...seperti ada batu yang berat menyekat suara aku dari terus memanggil ibu...aku menangis..ibu...abang minta maaf ibu....orang-orang kampung memapah aku naik ke atas rumah..bergenang air mata bila melihat ibu terbaring lemah di atas tilam yang nipis...sambil memegang selimut yang sering aku gunakan ketika kecil dahulu...ibu tenat....hanya airmata yang mengalir bila ibu melihat aku dalam keadaan begini....mengesot aku pergi pada ibu...aku cium kakinya...aku peluk tubuhnya..aku katakan yang aku sayang pada ibu...aku minta maaf....aku anak yang tak berguna...walaupun begitu..hanya gerak mulut yang terluah...dengan lemah..ibu mengusap kasih rambut aku....

“An..aa..ana..anak..iibbuuu..dah balik......ibu rr..rriinnduuu....ibbuuu ta..tahu..aa.abb..abaang tak sengaja....ibu maafkan ...ab..abang...Ya Allah...maa..mmaafkan an..anak ku..a..aku..redha..”.Tersekat-sekat ibu memohon doa pada Allah supaya memaafkan aku..sungguh besarnya darjat mu ibu....

Habis sahaja ibu berdoa..terasa beban yang aku tanggung..seakan terlepas...ringan badan ku...lancar suara aku menyebut dan memanggil ibu.....dada ibu berombak deras...aku tahu..sudah sampai waktunya ibu pergi menghadap Ilahi...dengan suara tangisan yang tersekat-sekat...aku memangku ibu....aku bisikkan kalimah syahadah di telinga ibu..dengan perlahan ibu  mengikut syahadah yang aku sebut....ibu menghembuskan nafas terakhirnya di atas pangku aku....sungguh terkilan hati aku bila tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak padanya....

“Abang..nanti kalau ibu nak tutup mata...ibu nak tutup mata atas pangku abang....ibu harap sangat abang....”

“Isshh ibu ni..ke situ pula...abang sayang ibu..ibu jangan tinggalkan abang..”

Pilu rasa hati bila terimbas kenangan aku ketika kecil bersama ibu....petang tadi ibu selamat di kebumikan di sebelah kubur arwah ayah....rehatlah ibu....rehatlah setelah ibu penat melayan kerenah abang...abang minta maaf....yang paling buat aku teekedu..ketika aku berteleku di hadapan kubur ibu yang masih basah dengar air mawar....bahu aku di tepuk perlahan oleh seorang...mungkin orang kampung..sambil tersenyum..
“Anak lelaki...sampai dia sudah berumahtangga...beristeri....atau sampai dia mati..tanggungjawab pada ibu nya..tak akan pernah putus....redha Allah apabila redhanya ibu kita...bertaubatlah....”.Terkesima bila dia berkata begitu..pedih rasanya...ibu..ampunkan abang....

Aku lupa..kecil hati aku pada ibu..tiada apa dosanya..sebab aku anaknya...tetapi..kecil hati ibu kerna aku...kemurkaan Allah yang aku terima....besar dosa aku...Ibu....abang rindu ibu....rasanya baru tadi ibu usap lembut rambut abang..rindu ibu..maafkan abang ibu...

Sesal aku tiada guna lagi..bila ibu telah pergi selamanya....cuma iringian doa yang mampu aku bekalkan untuk ibu di alam sana.....aku harap jika ada sesiapa di luar sana..tak kira lelaki mahukan perempuan....hargailah ibu dan ayah....kerna kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah..bawa bahagia....

Salam..

Nukilan
Pari-pari Cinta


Bagi segmen cerpen ini,anda boleh lah menhantar hasil karya anda tak kira la dalam kategori apa pun,hasil karya yang terpilih akan dipublish dan dikreditkan atas nama anda ataupun blog anda..Jadi tidak rugi jika menghantar karya ke blog ini..

Comments
1 Comments

1 comments:

wanz said...

wahh siape penulis cerpen ni? terbaik lah..

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.