Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, September 8, 2011

Azab Menyanyi Ketika Mandi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernah tak korang menyanyi ketika mandi ? Tahukah korang bahawa menyanyi ketika mandi banyak kesan buruknya ataupun lebih senang di katakan azab..Hehe..Kalau tak percaya,cuba baca berita di bawah ni..(^^,)..


PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun masih mampu tersenyum walaupun kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas kira-kira 30 minit dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Seligi, dekat sini, semalam.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Ahmad Aminuddin Mohammad mandi sambil menyanyi dalam bilik air sebaik pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Abal.

Bagaimanapun, ketika asyik menyanyi, kaki kirinya tergelincir lalu termasuk dalam lubang tandas menyebabkan anak bongsu daripada lapan beradik itu meraung meminta bantuan ibunya.

Ibunya, Rogayah Mat Isa, 45, berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu dan mulanya tidak mengendahkan jeritan anak bongsunya itu memandangkan Ahmad Aminuddin gemar menjerit dalam bilik air.

“Saya hairan apabila jeritannya seolah-olah menanggung kesakitan sebelum bergegas ke bilik air melihat keadaannya. Nasib baik dia tidak mengunci pintu sebelum terkejut melihat dia terduduk dengan kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas.


Prince : So,jangan menyanyi bila masuk tandas...Hahaha


Comments
5 Comments

5 comments:

BeloG MTT said...

Terkezut baca tittle entri Prince.. Haha

Adehh asyik sangat dia nyanyi tuh kot..=..="

Darulamanku said...

biasa la.. budak2 memang suka mcm tu... tapi dah nasib kena kat dia...apa bleh buat...
salam syawal... i follow

einz miszmessy said...

hahahaha......ingtkan pe jah...huhu.....

eton said...

kesian budak tu.. khusyuk btl menyanyi...

zety said...

ceh.
syok sgt nyanyi la tu

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.