Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, August 1, 2011

Ucapan & Puisi Ramadhan Al-Mubarak 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tak sangka pejam celik,pejam celik Ramadhan Al-Mubarak telah menjelma sekali lagi melemparkan keberkatan yang melimpah ruah di dalamnya...Habis semua syaitan dipasung menunjukkan bahawa Bulan ini adalah sangat mulia bagi umat Islam tak kira di mana mereka berada..Hanya manusia yang pandai menggunakan masa mereka dengan sebaiknya sahaja dapat merasa nikmat yang mengalir dalam Bulan yang penuh Barakah ini..


Kalau melihat dari aspek kehidupan,Bulan Ramadhan adalah bulan bonus kepada setiap orang Muslim yang betul-betul mahu mencari keredhaan-Nya..Hal ini boleh lah diumpamakan seperti bulan kenaikkan pangkat dan gaji di mana seorang pekerja berusaha untuk membodek hati bosnya semua mendapat bonus yang melebihi bulan-bulan yang lain..

Yang bestnya dalam bulan ini,tiada satu pun pengacau ( syaitan ) untuk membantutkan kerja kita ( puasa ) cuma yang ada adalah nafsu kita...Sesiapa yang dapat mengawal nafsu mereka,maka mereka lah manusia yang terbaik di kalangan  manusia lain..Kita juga digalakkan supaya membanyakkan kerja kita ( merajinkan diri ) melakukan perkara yang tidak kita lakukan ( tarawih dan zakat ) di bulan-bulan yang lain supaya dapat memikat hati Bos kita iaitu DIA ( ALLAH SWT ) supaya merasa terharu akan keikhlasan kita lantas memberikan kita  "Bonus "yang tak pernah dibayangkan oleh diri kita sendiri..

Bukan itu sahaja,bulan ini adalah bulan di mana setiap orang harus menjaga perbuatan ,pergaulan dan percakapan dengan lebih teliti lagi supaya kerja kita disenangi oleh Bos  ( Allah ) agar Dia memberikan kita semua keberkatan yang mengalir seperti air sungai yamg jernih dan indah yang tidak nampak dari mata kasar kita.

riuhsepi dingin dinihari
kumamah kalimah mengharap redha Illahi
sepajang hari meletakkan zahiri dan batini
di atas waras iman dijelajahi
 
kujelajahi kegelisahan yang dahaga
letih meniti hari mengutuh peribadi
tangkas menepis serangan sendiri
musuh dan lawan mengharum suci
 
ketika siap berbuka
kemenangan pula dahagakan cabaran lain
tarawih dan witir menjelmakan insan fakir
khusyuk patuh tunduk ke langit
 
ramadan almubarak
semarak kasih Illahi tak kemarau
gemuruh iman menakluk cahaya pedoman
hari-hari melayari kehidupan.
 

HASYUDA ABADI,
Kota Kinabalu, Malaysia.
7 Ramadan 1422.

Disini aku nak ambil sedikit kesempatan untuk mengucapakan Selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarak kepada saudara seislaman aku di luar sana..Moga-moga pada bulan Rahmat ini kita mendapat segala nikmat dan kelebihan yang Dia curahkan pada kita semua..:)


korang nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm200 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

saya juga mengharap jasa baik sesiapa yang ingin sponsor agar contest ini akan bertambah menarik dan meriah..pihak sponsor juga akan mendapat beberapa kelebihan...

berminat ?? klik sini


Comments
2 Comments

2 comments:

ika said...

selamat berpuasa..jgn ponteng2 ponteng aw !!

eton said...

selamat menyambut bulan ramadhan.. :)

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.