Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, August 18, 2011

Tagih Simpati - Tolong Baca & Share Jika Anda Prihatin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernah tak anda beli makanan dengan banyak tapi tak dapat habiskan makanan anda tu ? Pernah tak anda terfikir untuk beli pakain baru setiap kali raya menjelma..? Kalau ye,ape yang anda buat dengan lebihan makanan tu ? Buang ? Bagaimana pula dengan baju yang lama setelah anda beli baju raya baru setiap tahun ? Cuma dijadikan simpanan ? Atau cuma mampu dijadikan kain buruk ?

Pernah tak anda tahu bahawa ramai lagi yang memerlukan lebihan makanan dan pakaian yang anda telah abaikan tu..? Pernah tak anda bayangkan jika suatu hari nanti akan menyesal kerana keborosan yang anda lakukan setiap hari ? Pernah anda bersyukur dengan segala yang anda ada sekarang ini ? Kalau anda jawab tidak,video di bawah ini adalah untuk anda..


Bagaimana reaksi anda setelah tonton video di atas ? Masih boleh bergelak gembirakah anda melihat satu bangsa mahkluk bernama manusia seperti kita semua menderita kerana serba kekurangan..Belum bersyukurkah anda dengan apa yang telah anda nikmati selama ini ?

Adakah anda cuma akan " insaf sekejap " selepas menonton video di atas dan kembali kepada tabiat lama anda tanpa memberikan apa-apa pertolongan kepada mereka ? Pernah anda bayangkan jika anda di tempat mereka dan mereka di tempat anda ?

" Mind Set "kan diri anda untuk bantu mereka semampu boleh..Abaikan soal bangsa,agama,dan kedudukan mahupun darjat anda..Marilah kita sama-sama berkongsi nikmat kemewahan dan kesenangan yang kita ada sekarang bersama mereka atas dasar kemanusiaan..

Prihatinkah anda ? Anda tahu semua jawapan bagi soalan di atas..Bantulah mereka..Tolonglah mereka untuk merasai nikmat hidup ini kerana mereka hanya menuggu saat kematian walaupun baru sahaja dilahirkan..

Sanggupkah anda melihatnya tanpa memberikan pertolongan sedikit pun ? Kalau tidak mampu,sebarkan mesej ini supaya semua orang akan tahu perkara dan situasi sebenar yang sedang berlaku di bumi kita ini..

Bantulah mereka di SINI



Comments
1 Comments

1 comments:

einz said...

^_^...maka jgn la membazir....cm abg ben lak....entry bg insan2 boros~credit for myself~

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.