Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, August 20, 2011

Spy Kids 4 : All The Time In The World Trailer & Synopsis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kalau sebelum ini Spy Kids 3 dalam bentuk 3D, tapi kali ini Spy Kids 4 : All The Time In The World bakal menemui anda di pawagam dengan kualiti dan teknologi 4D! Filem terbaru Spy Kids ini yang dibintangi oleh Jessica Alba, Rowan Blanchard,  Mason Cook, Antonio Banderas dan lain-lain lagi artis popular Hollywood.

Filem ini berkisar tentang kembar yang bernama Rebecca dan Cecil (Rowan Blanchard dan Mason Cook), yang tidak menghormati ibu tiri mereka, Marissa Cortez Wilson (Jessica Alba), isteri kepada pemburu pengintip iaitu Wilbur Wilson (Joel McHale). Tanpa diketahui kembar ini, Marissa adalah bekas ejen OSS (Organisasi Super Spies) yang juga adalah agensi perisikan yang terbaik di dunia.


Kembar ini terpaksa membantu ibu tiri mereka, Marissa Cortez apabila bumi diancam oleh penjenayah yang dikenali sebagai “The Timekeeper”. Dapatkah mereka melawan penjahat ini dengan hanya saiz badan mereka yang kecil?

Untuk pengetahuan anda, Spy Kids 4  telah dimulakan rakaman pada 27 Oktober 2010 dan akan menjadi filem pertama dalam siri Spy Kids yang akan menggunakan “Aromascope” untuk membolehkan penonton menghidu aroma dan bau dari filem dengan scratch and sniff . Ianya kali terakhir digunakan pada filem animasi ‘Rugrats Go Wild’ pada tahun 2003.
                                                                                                          - Oh Bulan -                             



# RM400 discount for HTC Wildfire S…!!! Click Here..

# Share a photo or video of your life and be in the running to win RM1000! Click Here !!!

# Duit Raya RM25,000 daripada MayBank untuk dibawa pulang di SINI..



Comments
1 Comments

1 comments:

jotch said...

nice blog . . . .sya dh fllow.., jom fllw me..

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.