Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Sunday, August 14, 2011

Orang Minyak Kembali Mengganas Merosakkan Anak Dara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semua orang dah tahu bukan ape yang dimaksudkan dengan " orang minyak " bukan ?..Mengikut wikipedia , " orang minyak " adalah 


" seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai. "

Berita terbaru yang aku dapat ketika ini adalah keganasan terbaru yang dipercayai di lakukan oleh orang minyak di sesuatu tempat dan perkara ini telah menjadi buah mulut orang ramai sehinggakan ramai yang takut untuk keluar rumah...

Ikuti berita yang aku dapat dari bawah ini...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

COLOMBO: Beberapa siri serangan ‘orang minyak’ di kawasan luar bandar di Sri Lanka membuatkan penduduk tempatan ketakutan.

Kira-kira tiga orang dilaporkan terbunuh akibat serangan ‘orang minyak’, minggu ini.

Menurut polis dan media tempatan, serangan itu menyebabkan wanita mengurung diri di dalam rumah dan kaum lelaki menyimpan senjata.

Mengikut sejarah, ‘orang minyak’ adalah pencuri yang hanya memakai seluar dalam dan melumur minyak hitam di badan mereka supaya tubuh licin dan tidak mudah ditangkap.

Tetapi, kebelakangan ini, ‘orang minyak’ berkeliaran di waktu malam, menakutkan dan menyerang kaum wanita.

“Kami mendengar cerita dia menggigit leher dan buah dada perempuan. Walaupun sudah beberapa kali membuat laporan, polis masih belum menjalankan siasatan, malah di dua kawasan, polis telah melepaskan penjahat itu,” kata seorang agen tiket kapal terbang, berusia 36 tahun, dari Kawasan Bukit, Daerah Matale yang tidak mahu namanya didedahkan.

Dua orang lelaki yang dipercayai ‘orang minyak’ telah dibunuh oleh sekumpulan orang kampung di kawasan penanaman teh di tengah Sri Lanka, Rabu lalu.

Seorang lelaki berusia 22 tahun yang memburu’orang minyak’ mati apabila terpijak jerat elektrik untuk babi hutan, kata sebuah akhbar Tamil, Sudar Ali, semalam.

Kira-kira 30 kejadian telah dilaporkan di tujuh daerah di Sri Langka timur, merentas kawasan penanaman teh di Kawasan Bukit. Polis telah menahan 47 orang sejak bulan lepas.

“’Orang minyak’ tidak wujud. Mereka hanyalah orang biasa yang mempunyai niat jahat untuk mencuri dan melakukan kerja haram,” kata jurucakap polis Prashantha Jayakody.


Sumber : kyrul



korang nak rm200 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik
rm200 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

saya juga mengharap jasa baik sesiapa yang ingin sponsor agar contest ini akan bertambah menarik dan meriah..pihak sponsor juga akan mendapat beberapa kelebihan...

berminat ?? klik sini

..Senarai Sponsor..

1 ) Blogshop AnisUmbrella - Necklace
2 ) Blogshop Shawl Najihah - Pashmina
3 ) Admin Dunia Lelaki Maskulin - Ruang Pengiklanan x 3 bulan
4 ) Admin Diary Amni - RM50 cash ( Hadiah Utama )



Comments
1 Comments

1 comments:

SoLy SoLicious said...

pernah dengar citer org mnyak time skolah smpai cuak gila ase..huhu

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.