Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pejam celik,pejam celik tak sangka hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa kan..Lagi 26 hari nak raya..Dah beli baju raya ? Hahaha...Ok,back to main story...Di bulan Ramadhan ni,aku tahu ramai yang mencari-cari kurma untuk berbuka mahupun bersahur kan lebih-lebih lagi kurma yang terbaik antara yang terbaik..
Tapi sedarkah korang semua yang bahawa ada salah satu jenama kurma yang berasal dari Israel ? Kita sebagai manusia ni kekadang lalai melihat info sesuatu barang yang hendak di beli apabila mata kita telah dikaburkan oleh kecantikan dan promosi sesuatu barang tu sehingga menyebabkan kita tak sedar kita telah membantu negara yang telah menghina agama kita.
" Tanpa perlu dipertikai, kurma memang banyak khasiatnya. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.
Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma. "
- feryco -
Jangan kerana nama dia " Jordan River " , kita terus salah menganggap bahawa kurma tersebut adalha dari Jordan..Nasihat aku,jangalah mudah terpedaya dengan produk-produk sebegini terutamanya dari jenis makanan kerana jika termakan sesuatu yang haram,generasi kita akan mendapat impak yang sama...:)
korang nak rm200 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm200 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..
saya juga mengharap jasa baik sesiapa yang ingin sponsor agar contest ini akan bertambah menarik dan meriah..pihak sponsor juga akan mendapat beberapa kelebihan...
berminat ??