Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, July 23, 2011

Puisi Khas Buatmu Temanku Ar-Rijjal



Wahai temanku Ar-rijal

Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi
Dan tentulah temanmu yang dimimpi
Seorang "SERIKANDI"

Wahai temanku ar-rijal

Andai kau mencintainya
Cintailah dia kerana-NYA
Letakkanlah IA melebihi cintamu kepada dia

Andai engkau mengasihinya kerana-NYA
Engkau kan tidak bisa mengajaknya bermukah di taman sepi

Kerana engkau tahu 
Dia punya 9 nafsu 1 akal
Manakah bisa satu akal mengawal 9 nafsu itu

Andai engkau mengasihinya kerana-NYA
Tak kan bisa engkau menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan
Kerana engkau tahu
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!!!

Dan engkau sendiri tahu bukan
Zina tempatnya di api yang menjulang tinggi

Apakah benar engkau mengasihinya?
Andai dirimu relakan dia terjun ke NERAKA-NYA

Sahabatku ar-rijal

Bercinta itu tidak salah
Tetapi letakkanlah keutamaan cintamu 
Kepada-NYA yang hakiki

Andai dia yang kau dahului
Engkau tak kan gelisah

Andai dia tidak mengirim sebarang SMS
Andai sehari tak bersua
Engkau tidak akan kecewa 

Kerana engkau percaya 
DIA yang terbaik...

Lantaran Dia yag terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu
Dan andai dia yang terbaik untukmu
DIA akan satukan juga hatimu dan hatinya...

Dan itulah yang dimakksudkan dengan pernikahan
Itulah yang sebaik-baiknya buat kalian
Kalau dah jodoh tak ke mana 
YAKINLAH!!!!
Apakah kau benar-benar meyakini takdir-NYA?

Maafkanku teman

Bicaraku mungkin penuh ketegasan
Aku tidak membencimu
Tetapi aku benci mungkar itu
Dan kerana takut api yamg menjunam itu
Aku menegurmu setakat kemampuanku
Kerana aku takut 
Kita akan sama-sama meredah lautan api
Yang terlalu PEDIH...AZAB...SEKSA... 
Jika aku membiarkanmu hanyut dengan dunia nikmat duniamu

Sama-samalah teman 
Kita pagari NAFSU kita
Agar dia tidak menenggelamkan IMAN kita

Cintailah IA
Kerana DIA tahu yang terbaik 
Sedangkan kita tidak sama sekali....


Sebentar lagi,aku kan naik flight ke Sarawak..Ni aku curi-curi masa untuk update di LCCT sebelum menaiki penerbangan Air Asia..:)..Doakan keselamatan aku dan kawan-kawanku ye..


Comments
5 Comments

5 comments:

eddy syrol said...

kalau tak silap, rijal bermaksud pejuang..kalau tak salah la.. :)

jom terjah




BLOG EDDY SYROL PUNYA

zety said...

penuh berhemah.

cantik!

Terbang Bersamaku said...

wah..siap buat puis khas buat Ar Rijal..
~ade bakat dlm penulisan puisi, teruskn mnulis puisi.~
~smoga slamat sampai..~

Awan Fantasia said...

boleh buat biz jual lagu nie

TERKINI!!:
KURANG AJAQ !!!
PREVIEW FILEM : KARIPAP-KARIPAP CINTA

cheghah said...

terbaek la bro :)

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.