Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Sunday, July 17, 2011

Permohonan Rayuan Ke IPTA 2011 Lepasan STPM/Matrikulasi Dibuka!

Mereka yang tidak berjaya mendapat tempat ke IPTA masih berpeluang untuk membuat rayuan. Permohonan e-Rayuan telah pun dibuka kepada pemohon mulai 15 Julai 2011 sehingga 24 Julai 2011. Tarikh tutup permohonan membuat rayuan ialah pada 21 Julai 2011.

Permohonan e-Rayuan ini hanya dibuka kepada calon-calon yang ada membuat permohonan kemasukan dan tidak berjaya mendapat sebarang tawaran ke IPTA.

Pemohon hanya boleh mengemukakan permohonan e-Rayuan ini SEKALI SAHAJA dan boleh mengemaskini sebanyak tiga kali sehingga tarikh tutup permohonan.

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM atau setaraf sesi akademik 2011/ 2012 masih tidak diketahui lagi.Sekiranya terdapat maklumat terbaru,kami akan sebarkan kepada anda semua.

Cara membuat Rayuan adalah seperti berikut:-

  1.     Semak keputusan ke IPTA anda.    
  2.     Sekiranya gagal,anda akan diberikan link seperti ini:- Aplikasi e-Rayuan :
        https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/allstpm/index_rayuan_allstpm.html  
  3.     Klik dan baca syarat disediakan disitu.
  4.     Klik menu Permohonan untuk membuat permohonan.
  5.     Diingatkan selepas membuat permohonan,anda ada 3 kali peluang untuk memuat kemaskini.

Jadi untuk proses Rayuan ini,pastikan anda memilih kursus yang sesuai dengan Result Exam masing-masing.Sekian.

Sumber : 2dayblogger

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.