Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, July 18, 2011

Penuntut Uitm Maut - Tercampak Ke Dalam Sungai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Entry ini aku dedicated kepada Arwah Mohd Firdaus Saidin iaitu rakan sekolahku waktu kau form 1..Bagi sesiapa yang mengenali Firdaus Saidin,secara tidak langsung mengenali aku..Aku mohon rakan baik korang semua untuk mendoakan Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman..Dan secara personal ingin ucapkan takziah kepada keluarganya dan semoga mereka bersabar menerima ujian Allah ini..


Hasrat seorang anak peneroka felda untuk pulang ke kampung untuk cuti semester tidak kesampaian..Hayatnya berakhir ketika di pertengahan jalan dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Felda Ulu Jempol,Bandar Jengka,Pahang..Mohd Firdaus Saidin,20 tahun, merupakan penuntut semester 5,Diploma Rekaan Dalaman,UITM Sri Iskandar,Bota,Perak.Semalam,Mohd Firdaus bertolak dari Sri Iskandar ke Shah Alam-dan bermalam di rumah rakan sekampung ,Mohd Izzat Kamaruddin,penuntut Jurusan Diploma Perakaunan UITM Shah Alam.

Pagi ini,mereka memulakan perjalanan menunggang motosikal masing-masing dari Shah Alam untuk ke Jengka.Laluan Lebuhraya Karak dari arah Kuala Lumpur sebenarnya telah mula sesak dari kilometer 35 sebelum terowong Genting Sempah.Ini kerana terdapat kerjapkerja penyelebggaran jalan di dalam terowong.Kerana kesesakan iti,mereka terpisah di mana motosikal ditunggang Mohd Firdaus berjaya melepasi dahulu kesesakan di dalam terowong.Mohd Izzat pula hnya berjaya melepasi kesesakan itu beberapa minit kemudian.Sebaik tiba di selekoh laluan menuruni bukit di atas jambatan Sungai Tanglir,Mohd Izzat amat terkejut menemui kasut dan beg yang amat dikenalinya berterabur di atas jalan.Sebuah motosikal pula ,yang dia amat pasti adalah motosikal rakannya,tersadai di tepi tembok penghadang lebuhraya.

Tetapi di manakah rakannya ,Mohd Firdaus ? 

Mohd Izzat segera memberhentikan motosikalnya dan segera mencari Mohd Firdaus.Dengan bantuan orang ramai dan kakitangan lebuhraya,akhirnya Mohd Firdaus ditemui tersangkut pada celah batu didalam sungai di seberang lebuhraya arah Kuala Lumpur.Motosikal Yamaha RX-Z ditunggangi Mohd Firdaus dipercayai terbabas dan merempuh tembok pembahagi jalan sebelum terbabas pula ke kiri dan merempuh pula tembok penghadang jalan.Ketika itulah mangsa dipercayai tercampak dan jatuh kira-kira 10 meter ke dalam sungai.Dipercayai mayatnya dihnyutkan oleh arus sungai beberapa meter.Mayatnya dihantar di hospita Bentong untuk bedah siasat.

Korang boleh tengok gambar-gambar di tempat kejadian di bawah ini..


Mohd Izzat Kamaruddin,penuntut Jurusan Diploma Perakaunan UITM Shah Alam
( kawan arwah )

Gambar Arwah

Marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah ye..Aku sebak sekarang ni..



Kredit : ondscene


Comments
10 Comments

10 comments:

nuruhuda_329 said...

bersabar ye..TUHAN sentiase menduga kita..:) sedekahkan ayat2 suci kpd beliau..

qaseh tia said...

al-fatihah...

Anonymous said...

saya wat segmen! join ye,, plz support me!
http://tirana91.blogspot.com/2011/07/segmen-terliuq-waktu-berbuka-

Encik JI said...

alfatihah. jgn sdih2

Ezzaty Hanan said...

alfatihah utk arwah, awk pun jgn sedih2 sgt tau.. saya gerun jugak dgn cerita ni sbb kalau x silap kawan arwah tu senior saya.. saya pun tgh amik dip akaun kt shah alam..

bahiyahaziz ; said...

al fatihah..saba yea

irza said...

die kawan sy satu sklh mse f1-f3...=(

nadiaazira said...

dia junior i kat uitm perak...tak kesampaian hajat dia nak habiskan diploma...apa pun al-fatihah untuk arwah...

rain ilias said...

saye harap putera raje saye ni dapat sabar byk2.Allah lebih menyayangi die.

Al-fatihah.

Unknown said...

al-fatihah..moga rohnya dicucri rahmat....kalo nana kat tempat izat masa tu tak taw lah macam mana..huhu....

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.