Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Monday, July 18, 2011

IFRAME - Fungsi , Cara Penggunaannya & Kesan Buruk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sejak akhir-akhir ni ramai yang tanya aku adakah aku menggunakan Iframe di blog aku ni..Ye aku mengaku sejak 2 minggu ni traffic aku naik mendadak dari 500 UV sampai 2000 UV sehari..Tapi tak semestinya aku perlu gunakan cara kotor seperti Iframe untuk traffik macam tu kan..Tapi masih ramai yang tak percayakan aku..Ok fine..Korang boleh la cari banner aku di mana-mana blog dan boleh lah tanya blogger lain sama ada aku pernah buka template diorang atau tak..Pesan aku,jangan lah kite selalu dengki dengan kejayaan orang sehinggakan sanggup menuduh yang bukan2..

Ok,aku bukan nak cerita pasal diri aku sebenarnya..Tapi aku nak bercerita tentang IFRAME dan cara penggunaannya..Sebab ramai yang masih blurr pasal benda ni termasuklah aku sendiri..


 Apa Itu Iframe ?

Ramai yang bertanyakan APAKAH ITU IFRAME kebelakangan ini kan? Jadi secara tak rasminya hari ini aku akan terangkan kat korang APA ITU IFRAME..!! Harap korang boleh pelajari sedikit teknik2 kotor ni dalam dunia maya..

IFRAME merupakan sejenis coding HTML yang dicipta oleh seseorang untuk kegunaanya dan ada kepentingan menggunakannya.. Penggunaan coding IFRAME juga digunakan oleh facebook button share, facebook button like dan di youtube player. Coding HTML tersebut digunakan untuk include page/sumber/media player dari luar ke blog kita. So jangan risau kalau memakainya..

Bagaimana Ia Berfungsi ?

Ok.. Di bawah ni merupakan gambarajah bagaimana iframe berfungsi dengan mengambil traffic dari mangsa2 iframe dan menghantar traffic kepada pengedar koding HTML iframe..

Pengedar koding HTML iframe akan memberi coding tersebut kepada mangsa-mangsa iframe sama ada mangsa-mangsa iframe tahu dan sedar atau tidak tahu bahawasanya terdapat coding html iframe pada banner atau link enxchange yang diedarkan oleh pengedar iframe yang mencuri trafic dari mangsa2 iframe. Coding IFRAME juga boleh diletakkan di dalam template blog mangsa sekiranya pengedar iframe dapat mengakses blog korang.

Bagaimana ianya mencuri mudah sahaja.. Seperti gambarajah di atas, mangsa-mangsa iframe yang meletakkan koding pengedar iframe akan menghantar trafic kepada pengedar koding iframe. Harap korang faham dengan gambarajah di atas...

Bagaimana Coding Iframe ?


Yaa.. Di atas merupakan salah satu contoh koding HTML yang selalu digunakan oleh pengedar2 iframe nih.. Terdapat pelbagai lagi contoh2 yang tak perlu korang pelajari dan cukup sekadar ambil tahu dan sentiasa berhati2 dalam penukaran link atau banner blog. Mungkin anda salah seorang daripada mangsa pengedar coding iframe.

Kebaikan & Keburukan Penggunaan Iframe

Sememangnya penerima traffic iframe akan menerima traffic yang banyak walaupun blogger pengedar iframe tidak aktif berblog tetapi blog tersebut akan di gam atau dibanned oleh syarikat2 pengiklanan yang sememangnya tidak sukakan trafic ifframe.

Rangking alexa memang akan naik mencanak dan membuatkan blog korang akan berada di rangking yang lebih baik. Tetap kalau kantoi, memang habis lah si pengedar iframe nih.. Pastu pandai2 laa menjawab..

Cara Nak Kesan Blog Yang Guna Iframe

Senang saja nak tengok.. Kalau blog tersebut tidak update entri dan jam 3-4 pagi trafic blog dia mesti akan memaparkan jumlah visitor yang tengah on line di blog tersebut sangat ramai iaitu melebihi 50 orang yang sedang on line di blog tersebut.

Blog tersebut dapat masuk dalam senarai top blogger walaupun baru 2-3 bulan berblog kerana bukan senang nak duduk di rangking tersebut secara mendadak. Sekurang-kurangnya mengambil masa 6-7 bulan sekiranya blogger tersebut betul2 aktif berblog.. Itu bagi pengguna blogspot laa.. Kalau pengguna domain atau hosting berbayar mungkin logik 2-3 bulan utk berada di rangking sekiranya aktif berblog dengan mainan-mainan SEO.

Sekian penerangan saya serba sedikit tentang penggunaan iframe yang menjadi isu yang sangat panas untuk bulan ini. Nasihat saya jangan lah menggunakan iframe trafic kerana tiada kebaikan langsung untuk korang. Berblog lah secara telus dan menggunakan titik peluh jari korang untuk menaikkan trafic dan rangking blog korang.


Sumber : wancikgumuzik

Aku harap korang share la benda ni supaya semakin ramai orang tahu tentang kejahatan dan kekejaman Iframe ni..:)

Jangan Lupe Baca Di bawah Ni Ye..:)


korang nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm200 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

saya juga mengharap jasa baik sesiapa yang ingin sponsor agar contest ini akan bertambah menarik dan meriah..pihak sponsor juga akan mendapat beberapa kelebihan...

berminat ?? klik sini


Comments
4 Comments

4 comments:

J.Syazwana said...

macam2 cara orang nak kejar glamer kan.
huhu :P

saiazuan said...

hope aku bkn mangsa iframe.. xtau pn psl ni sgt.. huhu..

Awan Fantasia said...

ada cakap cara nie ada yang halal..

Terkini :Seni Sandwitch Yang Unik !!!

Fadah said...

ini memang cara jahat untuk popular..biarlah bro...manusia memang selalu dengki atas kejayaan orang lain.

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.