Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Sunday, July 31, 2011

Mimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum

Di bawah ini satu artikel yg amat menyentuh jiwa. Menitik Air mata tatkala membaca coretan ini. Alangkah indahnya jika penulis juga diberi peluang sebegini. Namun siapalah penulis. Semoga kisah ini memberikan iktibar kepada rakan-rakan blog yang lain. Sentiasa merindui Rasulullah.....

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.

Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)

apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan" .

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi Tuhan'. Ma'assalamah.

..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..

Comments
7 Comments

7 comments:

Siti Nadzirah Zakariah said...

subhanallah. pernah dengar cerita macam nih daripada ustazah sekolah. bertuah nye akak tu. terlalu kerdil rasenye diri nih.

Miera said...

subhanallah.
sesungguhnya Alah bersama orang2 yg sabar.

Sya_Merpati Putih 88 said...

Subhanallah...kalau lah sya berpeluang seperti ini....

Unknown said...

Subhannalah!
wordless.

missteeha the babling girl said...

subhanallah .
moga ramadhan kali ini , titik mula untuk kita berhijrah .

salam ramadhan al-mubarak

:)

Haji Muhammad Zulkhibri Bin Dato' Musa @ Munir said...

Alhamdulillah tanggal 21 Syawal 1432 bersamaan hari isnin di waktu pagi (3am – terjaga 3.50 am) ya ALLAH Engkau Maha Besar, Engkau Maha Mendengar+Mengetahui rintihan hatiku selama ini, Engkau Maha Kaya+Berkuasa kerana telah mentaqdirkan+menentukan segala²nya kerana Engkau telah mengizinkan+memberi khabar berita yang gembira dengan mimpi yang paling baik di dunia ini. Ya ALLAH, sesungguhnya mimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. adalah kurniaanMu+anugerahMu, ampunkan dosa²ku & tak lupa juga kepada hamba²Mu yang lain (blogger² @ sesiapa) yang pernah mendo’akan untukku agar dapat khabar berita gembira seperti ini ampunkan dosa² mereka & semoga mereka juga mendapat khabar berita gembira (mimpi Rasulullah S.A.W.) seperti yang telah Engkau kurniakan kepadaku sebelum² ini.. Ya Rasulullah ;( terima kasih tuan kerana tuan sudi memeluk+mencium bibir+mencium dahi+memeluk ana & mengizinkan ana membalas kucupan di bibir+dahi tuan kembali dalam mimpi baru² ini, terima kasih tuan kerana tuan sudi hadir dalam mimpi baru² ni & menarik tangan+memimpin tangan ana berjalan beramai² berjema’ah masuk ke masjid serta memberi kain berwarna putih yang berada di tangan tuan untuk ana memegang kain tersebut, bau kasturi kegemaran tuan itu sangatlah wangi SubhanALLAH ;( Ma’afkan ana jika dalam kehidupan ana ni masih banyak yang belum ana laksanakan segala sunnah² tuan ;( Ya ALLAH, aku takut kalau² aku ada buat kekasihMu (Nabi Muhammad S.A.W.) bersedih dengan segala kedho’ifanku (mohon dijauhkan kedho’ifan ini), sempurnakanlah+perelokkanlah akhlakku & segala urusan kehidupanku+urusan kematianku+urusan kebangkitanku menurut keredhaanMU, sesungguhnya keredhoanMu yang kupohon..

HambaMu said...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah S.w.t yg tlh mengurniakan mimpi bertemu baginda nabi Muhammad s.a.w. Kpdnya sebagaimana ana juga dikurniakan Allah utk bermimpi bertemu baginda nabi muhammad s.a.w.
Mimpi ini berlaku hampir 12 thn sudah iaitu sekitar tahun 2001. Sebelum itu, ana merupakan seorang peguam syarie di kuala lumpur. Setelah berkhidmat selama hampir 2thn sbg seorg peguam, ana tlh ditemuduga dan kemudiannya ditawarkan menjadi seorg peg syariah. Ketika itu terdpt 6 jwtn yg kosong iaitu peguam, pendakwa dan hakim syarie. Sebelum ana terima jwatan peg syariah, ayah ana dan mertua beria2 spy ana terima jawatan itu. Ketika itu ana tlh pun ada share dgn kwn ana di firma guaman. Atas hasrat org tua ana, ana pun terima jawatan itu. Oleh kerana sblm itu ana tlh jd peguam, ana nak jawatan sbg peguam yg ditawarkan di bbg. Ana tak mahu jawatan lain. Ana tak mau pendakwa apatah lg jawatan hakim syarie. Ana berusaha pergi bertemu dgn ketua pengarah bbg, ketua hakim syarie dan org2 lain spy sokong ana utk jawatan peguam bbg. Selepas mesyuarat utk penentuan ditmptkan peg syariah dikeluarkan, ana berasa terkejut apabila ana ditawarkan jwatan ke pulau pinang. Ketika itu ana sdh tau apa jawatanya iaitu hakim syarie. Ana tak mau jawatan itu dan ana berjumpa dgn org perseorgan td dan org yg temuduga ana utk jawatan peg syariah dan kata ana tak mau jwatan itu. Ana tkt utk memegang jawatan hakim syarie. Sebab ana tak layak utk menjwb jawatan yg mulia dan berat itu. Ana jumpa kwn2 yg ada firm peguam dan mereka sanggup terima ana jd partner sekiranya ana tolak jwtan hakim syarie. Ana serba slh..
Kemudian satu mlm, ana bermimpi. Di dalam mimpi itu, ada 5 org lelaki di atas kuda. Satu org dgn berkuda dihadapan dgn Kudanya dipgg oleh seseorang dibwh. 2 org berkuda dibelakang kuda hadapan dan 2 org berkuda lg dibelakang 2 org berkuda td. Ditepi dan blkg 2 org berkuda yg berada di blkg terdapat ramai org dgn memegang pedang. Tiba2 seorg lelaki yg berkuda dihdpan bersuara " aku rasulullah, marilah berjihad". Ana memandang rasulullah dan ana masih ingat ke hari ini wajah baginda nabi. Wajahnya putih bersih. Memakai bj putih dan berserban putih. Ekor serban hampir mencecah bahu. Ana menjwb " aku takut" sambil menundukkan kepala. Rasulullah berkata lg " aku Rasulullah, ikutlah aku". Ana berkata "pergilah dulu, nanti sy ikut".
Kemudian Rasulullah dan org2 yg bersama Baginda pun berlalu pergi..
Selang beberapa lama, ana berfikir.. Dan slps itu ana pergi berjihad bersama Baginda Nabi..

Ana kemudiannya menjawab jwtan hakim syarie di pulau pinang. Berkaitan dengan mimpi itu, ana mulanya tdk mempercayai mimpi itu dan anggap itu mainan tidur..
Selps beberapa lama, ana mula mengkaji hadith2 yg sahih dr sahih albukhari berkaitan mimpi bertemu Rasulullah..
Ana bersyukur dgn mimpi ana bertemu Rasulullah.. Mudahan Allah s.w.t tidak akan membiarkan ana lupa akan wajah Baginda Nabi dan berdoa ana akan diizinkan oleh Allah s.w.t dgn Baginda di padang mahsyar dan beroleh syafaat Baginda...
Sesungguhnya.. Merasai kecintaan dan kerinduaan kepada Allah s.w.t adalah kenikmatan dan keindahan yg teragong... Terasa ingin dibelai... DiribaanNYA... I luv u Allah..

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.