Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mesti ramai yang tengok perlawanan kelayakan untuk ke Piala Dunia 2014 tadi antara Malaysia dan Singapura kan..Aku tahu ramai juga yang tak puas hati dengan keputusan pengadil yang dilihat sebagai berat sebelah ..Tapi serius aku cakap performance Malaysia malam ni cukup mengecewakan terutama di bahagian pertahanan..Bahagian pertahanan seolah-olah memberi peluang kepada pemain Singapura untuk menjaringkan gol dengan banyak.
Kalau korang perasan sebenarnya banyak kontroversi yang berlaku pada malam ni :-
- Pengadil dilihat berat sebelah dengan memberikan banyak tendangan percuma pada Singapura
- Syafiq Rahim diberikan kad merah atas kesalahan yang tak di sengajakan dan sepatutnya pengadil faham situasi seperti itu
- Kerana merasa bersalah mengeluarkan pemain Malaysia,pengadil menebus kesalahannya dengan membuang seorang pemain Singapura dan menjadikan perlawanan 10 vs 10
- Kebanyakkan gol Singapura adalah dari pemain Import
Berdasarkan alasan di atas sebenarnya Singapura bergantung pada pemain Import manakala Malaysia tidak dapat menggunak 100% kekuatan pemain.Kesimpulannya,Malaysia menang malam ni dalam hati rakyat Malaysia.
Tahniah aku ucapkan pada Safee Sali kerana berjaya menjaringkan 2 gol yang cukup cantik..Kepada pemain pertahanan,jangan terlalu takut untuk merampas bola..Bantulah penjaga gol Malaysia..
" Malaysia Boleh "
Malaysia vs Singapura
3 5