Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Wednesday, July 13, 2011

[ Gempar ] India Menemui Air Di Bulan

BANGALORE - Sebuah satelit India, Chandrayaan-1 yang mengesahkan penemuan kehadiran air di bulan kelmarin menjadi tajuk utama pelbagai media di negara itu .Satelit itu yang dilancarkan ke orbit untuk misi mengelilingi bulan sejak Oktober tahun lalu sebelum ini mencetuskan kebimbangan kerana ia gagal menghantar balik isyarat ke bumi.

"India kini boleh berbangga apabila Chandrayaan-1 menjadi satelit pertama menemui air di bulan," kata Ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), G. Madhavan Nair.

Pada sidang media di sini , beliau menyifatkan misi itu sebagai menakjubkan malah menutup kritikan pelbagai pihak kerana misi itu dianggap berjaya 110 peratus.

 Beberapa akhbar ternama India menyiarkan berita kejayaan itu sebagai tajuk utama manakala stesen televisyen menyiarkan berita itu dengan membangkitkan semangat patriotik.

"Satu langkah besar kepada India, satu langkah gergasi untuk manusia," kata Times of Indiasementara Hindustan Times menggunakan tajuk Air di bulan: Chandrayaan hebat".

Sebelum ini, para saintis menyatakan bulan pada keseluruhannya adalah kering.
Misi itu melibatkan kos sebanyak AS$80 juta (RM278 juta) iaitu kurang separuh daripada jumlah yang dibelanjakan untuk misi yang sama oleh negara lain.

Perbelanjaan itu menunjukkan India berjaya menggunakan kos yang murah untuk misi tersebut.
Kejayaan Chandrayaan-1 itu mendorong India pada Rabu lalu melancarkan tujuh lagi satelit baru, enam daripadanya milik negara luar dalam satu misi penerbangan ke angkasa.

India memulakan program angkasa sejak 1963 dengan membangunkan satelit sendiri dan menghasilkan pelancar untuk mengurangkan kebergantungan kepada agensi angkasa asing. - AFP


Kalau korang masih tak percaya ,korang boleh tengok video di bawah ni ye..:)


Sumber : alamcyber

Jangan Lupe Bace Di bawah Ni Juga YE..:)



korang nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm50 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

saya juga mengharap jasa baik sesiapa yang ingin sponsor agar contest ini akan bertambah menarik dan meriah..pihak sponsor juga akan mendapat beberapa kelebihan...

berminat ?? klik sini


Comments
7 Comments

7 comments:

SoLy SoLicious said...

waahh..sungguh xsangka di bulan ade air~

a n a s t a s y e a said...

Betul ke ada air kat bulan. Macam tak logik je :D

www.anastasyea.com

AesyaZealous said...

wahh..

Awan Fantasia said...

Nanti boleh pindah bulanlah..huhu

TERBAIK SAAT INI!!:
ABANG SHAHEIZY SAM KENA PENAJRA DAN SEBAT!!
KELEBIHAN NUFFNANG BERBANDING YG LAIN!!

HAKMI said...

tu bukan air la, tapi sejenis cecair bahan api untuk robot transformers yang bermastautin kat bulan wuhahaha

HAKMI said...

bro, ni ada nasihat percuma, buangla permintaan klik tu, nanti nuffnang ngan cep-cep dapat tau burn ko punya akaun....sekali ngan duit.....kalo nak buat jugak ko buat anchor text yang power2 dan ada kaitan ngan kempen....

anismelon said...

air kat bulan??benaran nie??mane datang nye..jom pindah bulan jom..hehehe..

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.