Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Tuesday, July 19, 2011

Drama Juvana - Anjakan Populariti Izreen Azminda ( Cikgu Zakiah )

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sudah 5 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, Juvana merupakan satu anjakan populariti buat empunya nama Izreen Azminda. Dalam drama Juvana, Izreen diberikan kepercayaan oleh pihak produser, Filmscape untuk memegang watak utama sebagai Cikgu Zakiah. Bukan satu kerja yang mudah, tetapi Izreen menerima peluang tersebut dan melakukan tugas sebaik mungkin. Buktinya, 13 episod sejak ditayangkan pada April lepas berjaya meraih jumlah penonton sebanyak 2.4 juta setiap minggu.

    “5 tahun berlakon, saya banyak membawa watak antagonis. Pertama kali, Filmscape, satu-satunya produksi telah menawarkan watak protagonis untuk drama Juvana. Saya amat berterima kasih kepada Filmscape yang memberikan kepercayaan untuk menjayakan watak Cikgu Zakiah. Drama Juvana banyak mempopularkan saya. Di luar, orang memanggil saya sebagai Cikgu Zakiah. Saya tak kisah, itu menunjukkan watak Zakiah sebenarnya kuat memberikan impak kepada penonton. "

“Kalau diikutkan, saya sebenarnya seorang yang kasar & lasak. Namun, watak Cikgu Zakiah ialah lembut & bertoleransi. Sebagai seorang kaunselor, Cikgu Zakiah harus menyelesaikan sesuatu masalah tanpa kekerasan. Pada mulanya, saya agak kekok untuk menjiwai watak Cikgu Zakiah. Namun, saya mengkaji ciri-ciri kelembutan yang ada pada mak saya. Apa yang anda lihat di TV, itulah personaliti mak saya,” jelas Izreen Azminda, 26 tahun.

“Selepas itu, saya telah ditawarkan untuk berlakon dalam Stanza Cinta. Kini, rezeki melimpah ruah apabila menerima tawaran untuk drama Telapak Kaki Bonda arahan Kabir Bhatia yang akan ditayangkan di TV3 sempena raya kelak. Kabir Bhatia seorang yang senang nak bekerjasama, tak banyak songeh,” kata Izreen mengenai perkembangan terbarunya.

Selalu memegang watak bertudung, adakah Izreen juga bertudung di luar?

“Jujur kata, sebenarnya saya amat selesa memegang watak bertudung. Cuma, saya belum bersedia secara 100% lagi. Insyallah, satu hari nanti saya akan memakai tudung juga, ” kata Izreen mengakhiri temubual bersama OHBULAN!

Sumber : OHBULAN

Prince : Alangkah cantiknya kalau Izreen bertudung dan menutup aurat seperti dalam Drama Juvana..Pasti ramai lelaki di luar sana cair akan keayuannya,kesopanannya,kelemah lembutannya..Dan Izreen layak digelar Perempuan Melayu Terakhir..


Jangan Lupe Baca Di Bawah Ini..
korang nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm200 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

saya juga mengharap jasa baik sesiapa yang ingin sponsor agar contest ini akan bertambah menarik dan meriah..pihak sponsor juga akan mendapat beberapa kelebihan...

berminat ?? klik sini


Comments
8 Comments

8 comments:

Muhammad Fahmi Bin Masarudin said...

serius bolh cair klu die pkai tudung...rpanya seksi juga die ni..wakaka.... ;]

SURIA AMANDA said...

suke tgok muka dia sweet....x guna mekap pun sweet sgt2

Nyamuk Terbang said...

lawa kot minah nie

robowtasmara said...

doa2 kan la akak ni pkai tudung nnt, manis je.. :)

cik ika said...

suke tgk die blkon dlm juvana

Unknown said...

mmg best pun lakonan dia.
:)

amiraliyana said...

oh seorang yg kasar dan lasak.. patutlah nmpak jugak watak lasak dan kasar dia tu walaupun dia bawak watak cikgu zakiah yg lemah lembut tu..

btw.. kalau dia bertudung mmg cantik.. skrg pun byk dah artis dah start bertudung kan..:D

nurshaf said...

lagi artis bertudung dalam drama, tapi luar tidak,,ades, huhu

From My Fingertip

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.