Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, July 2, 2011

[ Akibat Angkuh ] Mati Dipatuk Ular Senduk Peliharaan Sendiri

Assalamualaikum

Korang pernah dengar tak sebuah pepatah," Jangan terlalu angkuh dengan kehidupan kita hari ini kerana kita tak pasti tentang apa yang akan berlaku pada keesokan harinya "..Aku rase pepatah ni sesuai di berikan kepada si orang ni kerana dia terlalu angkuh dengan kata2 nya sehinggakan yakin bahawa dia tidak akan mati di patuk haiwan kesayangannya sendiri..Tapi dia silap..Bukan dia yang mengawal semua keadaan,tapi DIA yang mengawal tiap2 sesuatu..DIA hanya menyebut " KUN FAYAKUN "


EASTWOOD, Britain - Seorang lelaki yang memelihara 24 ekor ular senduk di belakang rumahnya di sini mati dipatuk seekor haiwan peliharaannya itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Luke Yeomans, 47, pernah menyatakan dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa dia tidak akan mati dipatuk ular peliharaannya.

Dia mati diserang sakit jantung selepas dipatuk ular kelmarin manakala mayatnya ditemui polis berada di kawasan tempat dia menyimpan ular tersebut di belakang rumahnya.

Lelaki itu mempunyai pengalaman mengendalikan ular senduk selama 30 tahun.

Kawasan belakang rumahnya itu dianggap sebagai taman perlindungan haiwan ular senduk yang pertama di dunia.

Seorang penduduk tempatan berkata: "Kejadian itu amat mengejutkan. Setiap orang mengetahui bahawa Luke menyimpan ular namun dia amat berpengalaman dan kami tidak menyangka kejadian ini akan berlaku."


Pendapat Aku : Jangan lah kita berasa riak atau angkuh...
Pendapat Korang : ????

korang nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm50 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

saya juga mengharap jasa baik sesiapa yang ingin sponsor agar contest ini akan bertambah menarik dan meriah..pihak sponsor juga akan mendapat beberapa kelebihan...

berminat ?? klik sini


Comments
3 Comments

3 comments:

#PTSB said...

den takuutt ularr nie !! sorammm !!

Along Usop said...

sepandai-pandai tupai melompat,

akhirnya jatuh ke tanah jua...

Anonymous said...

dah tahu bahaya ular ni lagi nak pelihara....

-------------------------------------------
nak ajak join komuniti blogger Malaysia di http://www.ohbelog.com/
join dan dapatkan traffik FREE...

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.