Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Saturday, September 24, 2011

[ Pengakuan ] " Kami Mengutuk Rakan Yang Tiada Teman Lelaki Dan Masih Dara "

 Assalamualaikum..

Jangan terkejut dengan tajuk entry kat atas tu..Kan aku pernah kata aku nak bagi bahagian akhir pengakuan yang aku dapat daripada gadis2 remaja sekarang..Serius aku cakap pengakuan dia memang berani mati kan..Sampai lidah aku terkelu tak tahu nak cakap ape2 lagi..Bagi sesiapa yang baru sampai ke blog ni ataupun belum membaca pengakuan yang sebelumnya..Korang boleh baca di sini dan di sini...Maaf ye kalau aku membuatkan korang salah faham..Sebenarnya aku harap entry aku ni dapat sedarkan orang ramai terutama remaja supaya tidak terlibat dengan pergaulan bebas..



SARAH, 15, dari Selangor

“TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan seorang pelajar lelaki tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya.”


NIZA, 16, dari Pahang

“SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya (perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama tidak berhubung.”

Pendapat Aku : Cinta Adalah Perasaan ,Perlu ke di buktikan dengan perbuatan seperti menyerahkan tubuh ?
Pendapat korang : ???

korang nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm50 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

saya juga mengharap jasa baik sesiapa yang ingin sponsor agar contest ini akan bertambah menarik dan meriah..pihak sponsor juga akan mendapat beberapa kelebihan...

berminat ?? klik sini


Comments
18 Comments

18 comments:

nurAMALLINA said...

inilah budak2 zaman sekarang. adehh

einz miszmessy said...

yup setuju nan prince...aha!gimme 5 in the air~ngeee....

einz miszmessy said...

yup setuju nan prince...aha!gimme 5 in the air~ngeee....

einz miszmessy said...

yup setuju nan prince...aha!gimme 5 in the air~ngeee....

Nur Intan Syafinaz said...

Nauzubillah...takutnya..Siapa2 yang ada adik2 tu kena la tengok2, sekarang ni mmg kena jaga2, kena knl kwn2 dorg..risau..

pinkpurplebaby said...

ni lah ni budak2 skang..nak enjoy jak adehhh

Cik Farah said...

grr..takde boyf dan still perawan lagi hotstuff laa..bodoh je dorang nie. laki nak tipu pun dorang pcaye =.=

♥yaya budak suka embun♥ said...

ya allah...macam2 sekarang ni..

mumui said...

ish! xyahla sampai serahkan makhota tu...

Terbang Bersamaku said...

nielah akibatnye kalau ta fikir panjang..cinta berlandaskan nafsu semata-mata..itu bukan cinta, tapi nafsu..

MARIA LIZA said...

risau sangat dengan budak2 zaman sekarang ni

cik kacak said...

cinta tak perlu bukti dengan benda benda cenggini . heiyoo , budak budak sekarang trlebih matang . ==

Fariduddin El-Islam said...

Semoga mereka diberi petunjuk dan kita semua selamat dari segala perbuatan terkutuk..

Pada pendapat sy, insan yang berkualiti dunia dan akhirat datangnya daripada didikan di rumah, seterusnya terpulang kepada diri sendiri untuk menentukan mana 1 yg baik @ jahat..

http://ridoma.blogspot.com/2011/06/pengakuan-remaja-tiada-dara-dan-ketagih.html

Ibu Ezqil Mikhail said...

ala bnda bese yg pnh aq dgr dr kwn2 aq....

nadyasupra said...

nauzubillah .. mintak2 dijauhkan dari aku dan adik2 aku :'((

Inma Ruziana said...

Nauzubillah.
btl tu nadyasupra, aku pun harap2 x la tjebak dalam benda2 keji cmni..

Noraien said...

alahai,bodoh nyeee laaa pengakuan diorang nie...otak letak kat lutut kowt..hey,klu sayang,xde nyee lelaki tue soh serah tubuh..klu sayang,mesti dia akan jaga segala perbatasan sampai laa korang nie jadi yang halal buat dia..

ishh,nie laa budak2 zaman sekarang..nauzubillah !

farah izzati said...

ish ! kalu betol ade cinta sejati , boy tuh tak de nak mintak benda pelik cenggitu , mestilah dia nak jage orang yang dia sayang . same jugak jage benda kite sayang , takkan nak rosakkan pulak . huh !

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.