Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Sunday, April 24, 2011

[ Tips Panas ] Anda Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya ......


Anda Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya ......

*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.

*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda

*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.

*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).

*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.

*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

p/s..kowang setuju tak ??

Comments
2 Comments

2 comments:

Idah said...

Jgn membuatkan orang lain terguris dgn kata2 kita. Kesabaran dan memahami sifat orang perlu ada pada manusiawi...(sorry tak pandai buat ayat)

Messy Girl said...

sye amat stuju :)

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.