Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Friday, March 18, 2011

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahiran...

Adalah dikisahkan…
pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan  bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.” Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang
saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.” Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum  untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami  orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin  berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.”

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,
walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu
maksudkan itu?” Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.

Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun
akhirat.
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga
itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara: 
mak, along sangat sayang kat emak!!!!
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4) Dosa-dosa mu yang lalu  dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Bilakah kali terakhir kita mencium kedua belah pipi ibu kita?? Bilakanh kali terakhir kita meminta maaf kepada ibu kita??  Berapa banyak nisbah kamu menelefon kekasih kamu berbanding ibu kamu?? Berapa ramai yang tahu umur ibunya?? Mungkin masih tidak terlambat kamu datang kepada ibu kamu dan memeluk sambil meminta maaf selagi kamu masih berpeluang... =)

**tak perlu mintak izin kalo nak share


Comments
9 Comments

9 comments:

faraa halim said...

tersentuh hati bntj entri ni,
anak tu kurnia yg cukup indah dri allah ;))

Gimi said...

T.T

Sayang mak

Golden Rose said...

memberikan keinsafan yang mendadak

azuha rahimi said...

=.=...rase cam nk blik kg jek...

Amira said...

sgt best n sgt bermakna :) thx prince for sharing this entry ;)

micky eyqa said...

nice entri dear.. huhuhu tersentuh jiwa dan raga

AidaNatasya.Co said...

terjah kembali....

nice entry..... keep in touch :)

WeedBoys said...

I LUV MY MUM MORE THAN MY GF!!!
(T,T)

sunflower n cinderella moden.. said...

umee,along pun sayangkan ume ..

terima kasih ume,ibu,mama,,mami,bonda,..mak cik..kakak..huhu..

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.