Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, March 10, 2011

Kehancuran Israel semakin jelas di mata pemimpin-pemimpin mereka!

Islam Today, 3Feb. Walaupun kenyataan telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Menteri-menteri dan Pegawai Tinggi Israel masih tidak memberi sebarang komen mengenai apa yang berlaku di Mesir. Mereka prihatin akan kebangkitan yang berlaku di Mesir. Wakil Zionis yang muncul pada pagi hari Jumaat lepas melahirkan perasaan optimis bahawa regim Mubarak berkebolehan meredakan kemarahan rakyat Mesir, akan tetapi perasaan optimistik hanyalah impian yang diperbesarkan.
Di sebalik senario tersebut, berlaku pertemuan beberapa wakil Israel yang sedang membuat perhitungan situasi terakhir keadaan di Mesir. Pihak Israel dan Agensi Keselamatan Zionis sedang merahsiakan keputusan yang telah mereka ambil setelah membentuk jawatankuasa khas yang terdiri daripada wakil-wakil perisikan dan Kementerian Luar Negeri yang dikatakan bekerja 24 jam mengikuti perkembangan di Mesir.
Persoalannya di sini adalah, apakah yang mendorong pihak yang berkuasa Zionist begitu mengambil berat mengenai apa yang berlaku di Mesir?

Nasib perjanjian Camp David

Tidak dapat dinafikan, krisis ini telah menimbulkan rasa panik di kalangan pihak pembuat keputusan Zionis, di mana regim Mubarak yang kecundang akan menentukan sistem demokrasi Kaherah dan kedudukan perjanjian Camp David. Masyarakat Mesir melihat akan negaranya dibendung dari aspek politik dan pembangunan intelektual dari dunia luar. Kelihatan perjanjian ini telah benar-benar mengikat Mubarak, baik di peringkat Negara Arab atau peringkat antarabangsa. Mesir terpaksa turut sepenuhnya di bawah telunjuk pentadbiran US dan Israel, menjalankan beberapa peranan utama, agar menjaga kepentingan Amerika dan Israel.

Tel Aviv khuatir akan apa-apa keputusan atau perubahan kepada sistem sekarang akan meninggalkan kesan kepada perjanjian Camp David. Ini bermakna akan berlaku perubahan terhadap strategi Israel keseluruhannya, perkembangan ini terkesan kepada entiti Zionis, iaitu doktrin keselamatan Israel, Peta sekitar Israel akan dilakar semula, dan ini adalah satu ancaman kepada Israel. Kekhuatiran ini akan memuncak dengan transformasi Mesir yang bermungkinan menjadi "musuh" mereka baik dari segala aspek. Ini memerlukan Israel menghantar kembali tenteranya dengan cara yang berbeza, Ia juga akan menyebabkan penurunan guna tenaga askar Israel dan peningkatan kos yang terlibat.

Kesan Bebola Salji, tetapi membakar

Teror di hati Zionis adalah transformasi politik negara Arab, di mana bebola salji ini bermula di Tunisia dan tidak akan berakhir di Mesir yang mana apabila bebola salji mula bergolek ia akan terus bergolek sehingga saiz menjadi besar dan berlaku perubahan yang besar, seperti itu jugalah senario yang dilihat sekarang, perubahan akan terus merebak kepada negara lain, terutamanya Jordan, merupakan dua jiran Palestine. Peralihan kuasa ini akan membawa pada satu sistem yang baru, berdasarkan kepada pilihanraya, dan ini akan menjejaskan perubahan polisi negara-negara ini. Tidak dapat dibendung lagi, bahawa Israel berada di dalam keadaan panik dengan realiti yang akan berlaku di Jordan. Tidak perlu diingatkan kembali bahawa sempadan terpanjang Palestine adalah Jordan. Jika berlakunya perubahan kepada Jordan, risiko ke atas Israel adalah kawalan keselamatan sempadan, dan impaknya juga besar jika Mesir juga menukar pemerintahannya.
Para penganalisis Zionis menjangka akan berlakunya perkembangan baru di antara kedua-dua negara, Jordan dan Mesir, setelah selesai perubahan kuasa, di mana mereka mengandaikan kerjasama perisikan antara pihak Israel dan pihak berkuasa Mesir dan Jordan akan dihentikan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Israel Silvan Shalom.

Momentum kepada perjuangan Palestin

Forum strategik di Tel Aviv juga melihat kepada pekembangan perubahan demokrasi di Mesir, Jordan dan negara-negara lain sebagai keuntungan besar kepada pejuangan Palestin, dan menurut jangkaan Zionis, transformasi demokrasi akan menuju ke arah berikut :-

a. Menghormati pandangan awam. Rejim demokrasi baru di dunia Arab tidak akan bekerjasama dengan Israel yang memerangi pejuang Palestin.
b. Rejim demokrasi dunia Arab yang baru tidak akan bertoleransi dengan tekanan Israel terhadap pejuang Palestin. Rejim baru ini akan membawa isu ini ke peringkat antarabangsa dan akan berterus-terang di hadapan Israel.
c. Membebaskan mereka dari ketakutan halangan sistem keselamatan rejim yang zalim, dan akan memperhebatkan reaksi di jalan-jalan negara Arab terhadap keganasan Israel, dan ia akan bertukar bentuk yang tidak akan berpihak kepada kepentingan Amerika dan Israel.

d. Kejatuhan rejim diktator ini akan menjadi tamparan kepada pihak berkuasa Ramallah dan akan mengurangkan jurang sebelum ini, kita tahu bahawa mereka menghadapi dilema kerana keengganan kerajaan Netanyahu menunjukkan kelonggaran terhadap mereka.

Sistem wilayah yang baru

Kita bersetuju sebulat suara bahawa pihak Zionis menjangka adanya perubahan demokrasi di dunia Arab, yang akan menuju ke arah perubahan baru dari aspek prioriti rejim Arab, menjangka kebangkitan sistem wilayah yang baru, berserta dengan agenda baru. Para pengkritik Zionis menekankan bahawa Israel dan Amerika akan mengalami kerugian yang teruk dengan adanya sistem wilayah yang baru ini.

Senarai sekutu dan musuh akan perbaharui, di mana adalah jelas Iran akan terkeluar dari senarai musuh, di mana pada masa dulunya rejim Mubarak secara sukarela menjalankan  propaganda anti-Iran bagi pihak US, dan perkara ini akan ditamatkan jika berlaku perubahan di dalam revolusi Mesir. Apa yang berlaku di Mesir, boleh berlaku di negara lain juga.


Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.