Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Sunday, August 21, 2011

[ JIWANG ] Pantun Orang Yang Putus Cinta

..amaran..

jangan baca pantun ini bagi orang yang sedang bercinta..
hargailah cinta dan pasangan kowang sebaiknya..



Perkenalan kita satu purnama,
Entah dinda tidak perasan,
Kanda bukan lelaki sempurna,
Seperti yang dinda dambakan.

Bergotong-royong memasak gulai,
Gulai dimasak bersama ikan,
Terasa diri tidak dihargai,
Niat ikhlas tidak dipedulikan.

Belajar menjahit jari tercucuk,
Terasa hati bila diperli,
Rajuk kanda tidak dinda pujuk,
Malahan dinda tidak ambil peduli.

Menjala ikan mendapat pari.
Pari dibawa keliling desa,
Biarlah kanda undur diri,
AGar dinda bahagia sentiasa.

Sekarang dinda sudah bebas,
Jalan yang telah dinda pilih,
Cinta umpama menunggu bas,
Jangan dinda terlalu memilih.

Pergi ke lubuk menuba ikan,
Hasil dikongsi bersama tetangga,
Kebahagiaan dinda kanda doakan,
Walaupun kita tidak bersama.



p/s...saje wat pantun cmni...kowang ada komen????huhu


Comments
14 Comments

14 comments:

Miss Eiza said...

aish,
rasa nak tukar 'kanda' dgn 'dinda' tu jd vice versa.
Dan tunjuk pada ex saya.huh~~

haha..sory emo plak minah ni

ash said...

nice...ssapa yg dlm situasi cmni mmg touching klo bc..tp jd kn la pngajaran..pnglaman mmbuatkn kta matang utk btemu dgn org yg lebih baik...insyaAllah

cube dgr lagu nie 'Romantis' nyanyian spring..

Zue Cancer said...

http://onlymezue.blogspot.com/2011/03/ok-sayabeli-pantun-awakok.html

sy beli

Dda Ly said...

hehehe comey la orang putus chenta kalau berpantun gini gayenye..:)



meh ke rumah..
~damia same nenek~
keep in touch ye..♥♥♥

Axieda'great said...

huhu
tadi dah datang
tapi termiss nak tengok comment button
sowi

Khaizarien said...

haishhhh

masak guli ikan gelama
makan bersama nasi dagang
bukan dinda memilih dan tak boleh terima
cuma kanda yang tak mahu masuk meminang

ahaaiiiii

sila terjah Khaizarien @ atie Blog

nelly said...

aiseh ..kena baca nada sayu ~

ketawariang said...

salam ziarah.... dapat link blog ni dari Abg Ben punya blog...

blog simple... blog banyak widgets... :D

tahniah dapat kumpulkan follower ramai tu....walaupun baru berblogging... :)

btw kalau tambahkan lg total posts dekat 1 page tu lagi bagus... tu je :D

http://saiffah.blogspot.com/

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman said...

Kunjungan Balas dari saya.. Thanks singgah blog saya.. Salam perkenalan

DeeBa said...

hye..
thnks 4 vistng my blog..
n follow cni..
surely, rse sedeyh sgt ble bce..
sbb dba bwu jee rse cmnieh..
rse bdoh sgt..

Afufu said...

Ouhh sangat makan dalam -.-

cikk EME :] said...

Assalamualaikum..
whoa. syokk lah pantun.ehee :)
**orang tengah kiciwa. sis bole syiokk pulak. haha. maafMAAf ;p

btw, dtg menjenguk entry2 bro .

cik bulan said...

pergh..makan dalam tu..haha,,,bes2..=)

zety said...

kahkahkah.eh tukang tulis ni tgh emosi ke?

tumpang lalu

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.