RENTETAN 2010
Tiada angin,tiada ribut,tiba2 saje isu pengganas kembali diankat oleh kerajaan
sekular 1malaysia.Seperti biasa,orang yang paling penting dan paling relevan yang boleh
menyalakan isu ini pada bila2 masa tidak lain dan tidak
bukan ialah ketua polis negara sendiri.Seperti biasa juga siapa lagi yang
akan dikaitkan dengan pengganas jika bukan gerakan
Islam??
Mungkin kerana masih belum ada kumpulan pengganas baru yang boleh dijadikan sasaran,
maka"kumpulan pengganas " lama masih tetap
dipilih untuk dijadikan mangsa.
Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 20 orang pelajar IPTA
telah atau sedang direkrut oleh kumpulan
Jemaah Islamiah (JI) ke arah keganasan .Malah beberapa orang pensyarah juga
dikatakan terlibat.Menjawab kepada perkembangan ini,
Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakn kebimbangannya mengenai kumpulan gerakan terancang ini untuk
merekrut remaja termasuk pelajar IPT di negara ini.
Justifikasi untuk semua ini adalah rentetan penahanan 9 warga asing dan
seorang rakyat tempatan yang dituduh sebagai pengganas oleh
ISA....pada Januari lalu.
Sungguh aneh apabila isu 6 bulan lepas tiba2 dihangatkan kembali,
apatah lagi apabila semua tahanan telah dilepaskan dan dihantar balik ke negara
masing-masing.
Oleh itu,tidak hairanlah jika ketua pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyatakan bahawa isu JI hanyalah digembar-gemburkan oleh UMNO
untuk mengalih tumpuan rakyat dari isu-isu besar yang
sedang "mengancam" kerajaan sekarang.
Rata2 pemimpin pembangkang berkongsi pandangan yang sama,
dan menyifatkan apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini hanyalah
sebuah sandiwara untuk kepentingan politik mereka sendiri dalam usaha kerajaan
untuk mengekalkan ISA serta meraih sokongan khususnya NON-muslim dalam
pilihanraya ke-13 yang akan datang.Dalam reaksinya,
perdana menteri malaysia
Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa ancaman JI adalah benar
dan mengharapkan seluruh rakyat malaysia agar
memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menanganinya.
{UM 21/06/10}
Apapun alasan yang diberi,sesungguhnya apa yang dilakukan oleh kerajaan
sekular malaysia ini hanyalah satu usaha untuk menakut-nakutkan rakyat terhadap perjuangan
menegakkan islam.
Inilah hasil kejayaan barat yang berjaya membuatkan pemimipin umat islam
tak henti2 menari dengan gendang war of terror yang dipalu
mereka.
Natijahnya,barat tidak perlu berusaha keras untuk menghapuskan islam
kerana ternyata pemimpin ini sudah berjaya dimabukkan untuk tujuan ini.
Nampaknya kempen war on terror kuffar barat yang diketuai
oleh AS masih disahut baik oleh pemimpin Malaysia biarpun sudah hampir 1
dekad ia berlalu.
Biarpun satu dunia tahu bahawa war on terror adalah war on islam
,namun nampaknya pemimpin Malaysia masih tetap tidak mahu berganjak
dari berkiblatkan BARAT.
Kita semua tahu baik terrorisme mahupun extremisme yang
dicanangkan oleh barat terutama AS,hanyalah sebuah metafora untuk mereka
menceroboh,menangkap,membunuh dan menghina kaum muslimin dan
yang paling penting mereka ingin memastikan agar Islam tidak bangkit sebagai kekuatan
sebuah negara(KHILAFAH)..