Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seringkali blogger tanya aku bagaimana untuk meningkatkan traffik ke blog kita..Dan setiap kali itu juga aku berjanji dengan diorang untuk membuat satu entry khusus memberitahu rahsia-rahsia mendapatkan traffik beribu setiap hari.Namun,baru hari ini aku berkesempatan menulis tips-tips blogging..Ok,bagi sesiapa yang berminat,korang boleh la baca tips yang aku buat di bawah ini :
Faktor dalaman
1 ) Keyword( Kata Kunci )
Cari keyword yang sesuai untuk menjelaskan tentang website korang ataupun keyword yang korang fikir orang akan cari dalam Searh Box Google.Jangan guna keyword yang femes bagi blogger baru kerana anda susah akan berada di 1st page Google kerana terlalu banyak website yang kuat terutama yang menggunakan hosting berada di kedudukan yang tinggi.Jika korang guna keyword yang tak berapa femes,peluang untuk korang berada di 1st page sangat tinggi kerana jarang blogger-blogger terkenal guna keyword yang remeh temeh.