Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, January 12, 2012

Tayangan Perdana Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Tayangan Perdana Filem Bujang Terlajak Di The Gardens

Semalam aku mendapat jemputan untuk pergi ke tayangan Premiere Filem Bujang Terlajak,Belum Terlanjur di The Gardens.Aku ingatkan hanya aku seorang blogger yang dijemput hadir ke majlis previewFilem tersebut dan menyebabkan aku mengajak 4 orang kawan aku lagi.Sesampainya di sana baru aku tahu betapa ramainya pihak media yang hadir dari TV3 ,RTM,Gaol fm. , dan banyak lagi termasuklah sambutan hangat dari pihak blogger yang menunjukkan ramai yang memberi sambutan mengalakkan terhadap filem arahan Prof Madya Razak Moheidein.Baru aku tahu yang malam tersebut bukan sahaja untuk tayangan perdana tetapi juga untuk sidang media bagi mewar-warkan kehadiran filem tersebut di pawagam tempatan pada 19 Jan 2012 ini..


Ok di atas tu adalah poster filem tersebut.Jom layan sinopsis Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur pulak :
Bujang Telajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri?
Baca sinopsis pun dah boleh tahukan cerita ni tentang ape ..Serius aku cakap,cerita ni memang best..Memang rugi kalau korang tak tengok..Mula-mula memang korang akan rasa bosan,tapi pada pertengahan sehingga habis cerita korang akan gelak sehingga tak kering gusi.Tak percaya cakap aku ? Jom la serbu filem ni di pawagam ramai-ramai pada 19 Januari ini..Hahaha.. [ Bujang Terlajak Belum Terlanjur ] .

Kelebihan Filem [ Bujang Terlajak Belum Terlanjur ]
  • Adanya heroin cantik iaitu Fazura untuk memanaskan lagi jalan cerita dalam filem ini.Sesungguhnya semua orang tahu bahawa Fazura adalah seorang pelakon yang berbakat dalam semua jenis lakonan dan menjadi pujaan ramai lelaki di Malaysia.
  • Walaupun cerita ni nampak biasa pada permulaannya,tetapi Prof cuba membuka mata orang ramai menerusi watak Fazura untuk membantu dan melebihkan ataupun prihatin kepada golongan kurang upaya.
  • Gandingan 3 pelawak terbaik Malaysia iaitu Apek,Nabil Dan Johan membuatkan aku sendiri dan penonton lain tergelak samapi tidak kering gusi sewaktu menonton filem ni..Hahaha..
Di bawah ni,aku nak bagi korang sedikit screen shot dari sedutan filem dalam [ Bujang Terlajak Belum Terlanjur ]. Jom layan







Ni baru 6 gambar aku bagi korang tengok..Nak tengok lebih lagi,serbulah ke pawagam pada 19 Januari ni ye.Janagn lupa ajak family or kawan-kawan korang untuk layan ceita ni. [ Bujang Terlajak Belum Terlanjur ].

Jom layan Trailer filem ni [ Bujang Terlajak Belum Terlanjur ] pulak..Hahaha..




Haha...Lawak kan...Di bawah ni la gambar yang berjaya aku snap di Sidang Media [ Bujang Terlajak Belum Terlanjur ].Jangan jeles ye..Hahahaha...














Terima kasih juga kepada semua kawan bloggerku yang sudi hadir bersama-sama aku...


Comments
2 Comments

2 comments:

Jemari MonteL said...

wahhh..... shomel tol si tudung pink terr.... ai ke majlis cenggitu pakai baju kurung je,, u olss mampooo??? kekekekekekekek *pang*

Hafiz Hafizol said...

wahh.. untungler untungler.. PR bagi backlink free...

Untungler cik tyee bakal pelakon.. wiwitt..

Untungler Lupi blogger harapan.. untunglerrr...

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.