Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Sunday, January 15, 2012

Tarikh Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Tarikh Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengumumkan bahawa keputusan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi pengambilan 2012 akan diumumkan serentak pada hari Jumaat, 20 Januari 2012.


Pada tahun lepas telah berlaku kesesakan di laman web MARA dan ramai yang melaporkan menghadapi kesukaran untuk membuat semakan. Akhirnya pihak MARA telah menangguhan proses semakan keputusan pemohonan ke MRSM. Semakan hanya dibuka semula empat hari kemudian. Diharap tahun ini tidak akan berlaku masalah yang sama.

Di samping itu tahun ini semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM boleh dibuat secara SMS. Format yang digunakan adalah MARA MRSM Angka Giliran dan hantar ke 15888. Dipercayai semakan secara SMS ini adalah untuk pengambilan ke tingkatan 1 sahaja.

ePutra akan memaklumkan url laman web untuk membuat semakan apabila telah diumumkan oleh pihak MARA atau boleh terus merujuk di laman web MARA.


Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.