Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Thursday, January 12, 2012

Rumah Wardina Saffiyah Dirompak 3 Lelaki Berparang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rumah Wardina Saffiyah Dirompak 3 Lelaki Berparang 

Terkejut aku apabila melihat akaun Twitter milik Wardina Saffiyah kecoh sebentar. Rumah Wardina telah dirompak oleh 3 orang lelaki dipercayai buruh Indonesia dan kesemua 5 buah laptop telah diambil pada jam 5 Pagi tadi.



Menurut Wardina di laman Twitter-nya, ketika 3 orang perompak tersebut masuk, mereka hanya mampu bersembunyi disebalik selimut. Manakala suami Wardina, Ikhwan telah dipukul kerana perompak tersebut berang apabila mereka tidak mempunyai barang kemas untuk dirompak. Tidak dapat dipastikan apakah kondisi suami Wardina buat masa sekarang.


Sehingga kini, polis sudah berada di rumah Wardina dan anak Wardina turut mengalami sedikit trauma akibat terkejut dengan kejadian yang berlaku. Perompak tersebut juga dipercayai masih berada di sekitar Ampang atau Bukit Antarabangsa.[sumber]


Comments
1 Comments

1 comments:

SoLy SoLicious said...

terkejut jugak bile bace tweet die td

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.