Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Tuesday, December 6, 2011

Senario Bersatu Kembali Dalam Drama " Misteri BamBoo "

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

PETALING JAYA: Selepas 15 tahun bertahan dalam dunia komedi tempatan dan bertukar ganti ahli, kumpulan pelawak Senario yang dianggotai Azlee Jaafar, Wahid dan Mazlan Pet Pet bergabung semula dalam drama komedi terbaru Senario: Misteri BamBoo.


Drama bersiri sebanyak 13 episod ini akan bersiaran bermula hari ini, pada setiap hari Selasa pukul 10 malam di TV3.

Selain trio ini, drama terbitan Anniesafinas Hassan daripada Primeworks Studios ini turut menampilkan pelawak-pelawak undangan seperti Saiful Apek, Yassin, Ebby Yus, Ayu Raudhah, Sharifah Shahira, Acong Sweetchild, Bell Ngasri dan Kazaar.

Senario: Misteri BamBoo mengisahkan tentang Wak Dol (Azlee), Salih (Mazlan) dan Kassim (Wahid) yang cuba menyelesaikan kes pencurian yang sering berlaku di Kampung Buluh.

Wak Dol ialah seorang bomoh yang sentiasa berfikiran kolot manakala Kassim pula seorang tauke warung yang sudah kematian isteri.

Salih pula ialah seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang kerani yang agak penakut dan mempunyai seorang kekasih bernama Mimi (Ayu Raudah).

Kampung Buluh yang sentiasa aman digemparkan dengan kes-kes pencurian yang kerap berlaku.
Puas penduduk-penduduk kampung cuba menangkap pencuri-pencuri tersebut tetapi malangnya semua usaha mereka gagal.

Wak Dol kemudiannya membaca jampi dan memberitahu penduduk kampung bahawa pencuri-pencuri tersebut bukan manusia tetapi toyol.

Saksikan aksi lucu dan gelagat mereka dalam Senario: Misteri BamBoo pada setiap Selasa pukul 10 malam di TV3.

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.