Blog ini ditubuhkan oleh seorang remaja yang ingin mencari identiti zaman keremajaannya.Pelbagai info menarik yang anda boleh cari di dalam blog ini..

Wednesday, December 21, 2011

Semakan Keputusan PMR 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Semakan Keputusan PMR 2011

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2011 akan diumumkan di seluruh negara pada hari Khamis 22 Disember 2011 ini. Mereka yang menduduki PMR 2011 boleh memperolehi keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut. Di samping itu keputusan PMR 2011 boleh juga disemak dengan menggunakan perkhidmatan SMS.


Pada tahun ini seramai 481,292 pelajar berbanding tahun lepas 479,675 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan PMR. Peperiksaan bertulis PMR 2011 telah dijalankan pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011 yang lalu di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sementara itu Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari yang sama iaitu 22 Disember 2011 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Selepas keputusan PMR 2011 diumumkan mereka yang ada membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Vokasional/Teknik (SMV/SMT) dan Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera DiRaja (MTD) akan mengetahui keputusan permohonan mereka. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Lepasan UPSR, PMR, SPM 2011 untuk maklumat lanjut.

sumber

Comments
0 Comments

0 comments:

 
Copyright (c) 2011 Dunia Seorang Remaja. Design by Mas Ahmad Safwan

Official Blog and Facebook.